Lencana Jaya

1.1 Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik

Organisasi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di Kuala Lumpur

Biro Pengakap Sedunia

Pergerakan pengakap bersifat antarabangsa dan dianggotai oleh rakyat daripada sedunia. Pergerakan pengakap seluruh dunia ini dikenalikan oleh Biro Pengakap Sedunia yang berpusat di Geneva. Biro pengakap ini bertugas mengedalikan segala tugas dan kegiatan pengakap seluruh dunia. Biro pengakap ini pada mulanya berpusat di London(1920), kemudian berpindah ke Ottawa(Kanada) pada tahun 1958. Pada 1 Mei 1968 biro ini sekali lagi berpindah, iaitu ke Geneva sehingga sekarang. Biro ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bahagian operasi, bahagian pentadbiran, bahagian kewangan, bahgian perhubungan, dan bahagian penyelidikan. Tiap-tiap bahagian dikendalikan oleh seorang pengarah. Biro Pengakap Sedunia dianggotai oleh seorang pengarah. Biro pengakap Sedunia dianggotai oleh 40 orang pengawai yang bekerja di enam buah pejabat wilayah, iaitu Wilayah Africa(di Lagos, Nigeria), Wilayah Arab(di Damascus, Syria), Wilayah Eropah(di Geneva, Switzerland), Wilayah Antara-Amerika(di San Josa, Costa Rica) dan Wilayah Asia Pasifik(di Manila, Filipina)

Tujuan utama Biro Pengakap Sedunia ialah memberi pertolongan kepada pertubuhan-pertubuhan pengakap bagi memperbaiki, memaju dan mengembangkan ilmu pengakap dengan cara seperti berikut:-

1. Mengadakan pelbagai kursus dan latihan

2. Memberi nasihat dalam perkara kewangan, perhubungan dan lain-lain.

3. Mengadakan rancangan lawaatan, surat-menyurat dan seminar.

4. Memberi bantuan untuk mengatur perhimpunan pengakap, seperti jambori.

5. Menyelaras perhubungan antara pergerakan pengakap, sedunia dengan pertubuhan antarabangsa.

Biro Wilayah Asia Pasifik

Asia-Pasifik atau APAC ialah sebahagian kawasan di dunia di atau berhampiran Lautan Pasifik Barat. Kawasan ini termasuklah Asia Timur, Asia Tenggara, Australasia dan Oceania). Istilah Asia-Pasifik juga kadangkala termasuk Asia Selatan[petikan diperlukan], walaupun India dan jiran-jirannya lebih dekat dengan Lautan Hindi berbanding Lautan Pasifik. Istilah ini juga termasuklah Rusia (di Pasifik Utara) dan negara-negara di Amerika Utara dan Selatan yang di persisiran Lautan Pasifik Timur.

Walaupun merupakan suatu pemerihal geografi yang kurang tepat, istilah Asia-Pasifik menjadi amat popular dari akhir 1980-an apabila ekonomi-ekonomi di kawasan beraneka jenis ini mengembang kerana peningkatan aliran modal, perdagangan dan bentuk-bentuk interaksi ekonomi dan politik lain.

Dalam sesetengah konteks, kawasan ini mungkin meliputi negara Asia utama, serta negara di sekeliling Lingkungan Pasifik, dari Oceania, ke Rusia, hingga pantai barat Amerika. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, contohnya, termasuklah Kanada, Chile, Rusia, Mexico, Peru, dan Amerika Syarikat.


1.2 Sejarah tertubuhnya Malaysia


KUALA LUMPUR: Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 16 September 1963 dimana dalam penubuhan negara ini ianya telah melibatkan gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah).


Menyorot kembali perjalanan pembentukan Malaysia pada 50 tahun yang lalu, ianya bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ucapannya di depan Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961 telah membayangkan penubuhan sebuah negara yang melibatkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Penganalisis sejarah dan Pensyarah kanan Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Profesor Dr Ahmad Murad Merican menjelaskan bahawa kerjasama gabungan ini lebih merupakan kepada satu bentuk kerjasama dari segi politik dan ekonomi dan ianya juga sebagai satu langkah untuk menyekat pengaruh komunis yang dilihat semakin menular dan menjejaskan kestabilan politik.


“Selain itu, pembentukan Malaysia juga adalah untuk menyeimbangkan populasi kaum yang berada di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Persekutuan Tanah Melayu mempunyai majoriti penduduk kaum Melayu diikuti Cina, India dan lain-lain manakala di Singapura pula, jumlah kaum Cina begitu ramai dan tindakan Tunku membawa Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei untuk membentuk Malaysia itu juga sedikit sebanyak menyeimbangkan populasi kaum yang ada di Malaysia dimana kebanyakkan penduduk di sana adalah kaum Bumiputera yang terdiri dari etnik Iban, Kadazan, Murud, Bajau dan lain-lain lagi,” kata Ahmad Murad.

Tambah beliau, pada awalnya Sarawak dan Borneo Utara menolak cadangan tersebut kerana tidak yakin akan pembentukan Malaysia ini akan mampu memberi jaminan kepada mereka untuk pemerintahan sendiri.


“Namun setelah diberi jaminan mereka akhirnya bersetuju untuk menyertai gagasan ini membentuk Malaysia,” katanya lagi.


Pada 17 Januari 1962, sebuah suruhanjaya telah ditubuh dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.


Fungsi suruhanjaya ini ialah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia dan ianya diwakili oleh lima anggota dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Mohamed Ghazali Shafie H. Harris bertindak selaku Setiausaha.


Pandangan dan pungutan suara atau dipanggil referendum telah dilakukan dari Februari hingga April tahun yang sama.


“Berbagai-bagai pihak seperti parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan, pemimpin kaum dan bermacam-macam lagi telah diminta pandangan mereka kerana suara mereka adalah penentu kepada samada rancangan ini akan menjadi atau tidak,” katanya lagi.


Dari referendum itu, 80 peratus bersetuju dengan pembentukan gagasan itu dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut diserahkan kepadaan kerajaan British.


Kesepakatan akhirnya dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan untuk mengadakan sebuah rundingan di London.


Selama dua minggu rundingan itu berlangsung sebelum satu perjanjian ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London pada 9 Julai 1963 dan telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.


Lord Landsdowne, Harold Macmillan dan Ducan Sandys mewakili Kerajaan Britain sementara Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr Lim Swee Aun mewakili Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.


Wakil Sabah pula terdiri daripada Datu Mustapha Datu Harun, Tun Mohammad Fuad Stephens, W.K.H Jones, Khoo Siak Chiew, W.S Holley dan G.D Sundang manakala P.E.H Pike, Temenggung Jugah a/k Barieng, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Datu Abang Haji Openg mewakili Sarawak.


Singapura pula mewakilkan Lee Kuan Yew dan Goh Keng Swee.


Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12 Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos, 1963.


Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan.


Lawrence Michelmore selaku wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjauan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak.


Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoriti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu.


Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Malaysia.


Pengisytiharan tersebut telah dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah.


Pengisytiharan yang sama juga turut dilakukan serentak di Jesselton (Kota Kinabalu), Kuching dan Singapura yang dihadiri pemimpin negeri masing-masing iaitu Tun Mohammad Fuad Stephens, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Lee Kuan Yew.


Namun, pada tahun 1965, disebabkan beberapa masalah politik dalaman yang melanda antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, Singapura telah menarik diri dari Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara Republik.


1.3 Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri

Jata Negara

Gambar di bawah ialah jata negara kita. Dalam jata ada lambang-lambang yang mempunyai maksud tertentu.

Lambang harimau menunjukkan keberanian rakyat negara kita dalam menjaga keselamatan negara.

Bulan sabit dan bintang menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.

Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

Jata Negeri Sembilan

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.

Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna hitam maknanya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang di-Pertuan Besar.

Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam Gabungan yang lama. Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda kebesaran Yang di-Pertuan Besar.

1.4 Tugas kerja Dewan Undangan Negeri

Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

Dewan Undangan Negeri Sembilan (Tulisan Jawi: ديوان اوندڠن نڬري سمبيلن) merupakan badan legislatif di Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada 36 orang individu yang mewakili bahagian pilihan raya masing-masing yang dipanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. dan dikelola oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. DUN Negeri Sembilan diketuai oleh Yang Dipertua, Tuan Haji Zulkefly Mohamad bin Omar, manakala timbalan beliau ialah Ravi a/l Munusamy.

Isi kandungan

1 Keputusan Pilihan Raya Penggal ke-14, 2018

2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggal Ke-14, 2018

3 Susunan tempat duduk DUN

4 Analisis PRU14

5 Pautan luar

6 Lihat Juga

1.5 Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Ketua Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Majlis Pelantikan Major General Dato’ Dr Prof Zin Bidin sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang Baharu telah berlansung pada 16 Januari 2016 bertempat di Ibu Pejabat, Pesekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur.

2.1 Latihan Asas Perbarisan

Luruska Barisan

- Sama dengan pergerakan ke kanan lurus.

Cepat jalan

- Mengeluarkan kaki kiri ke hadapan

- Pada masa yang sama, lenggangkan tangan kanan sama paras dengan bahu, lenggan kiri jauh ke belakang seberapa yang boleh.

Hentak kaki

- Boleh diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Hentak kaki... Gerak!”

- Kaki kiri naik ke atas 90º dan seterusnya dengan kaki kanan, kaki kiri....

Berhenti

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Baris... ti!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Kaki kiri hentak ke tanah dan diikuti kaki kanan.

Belok kanan/ belok kiri

- Diberikan semasa “cepat jalan”.

Tukar langkah

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Tukar langkah semasa cepat jalan... Tukar langkah!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Hentak kaki kiri ke hadapan dan bergerak 2 langkah ke hadapan dan menghentakkan kaki kiri dan kanan.

Perlahan Jalan

- Diberikan semasa “cepat jalan”

- Arahan: “Tukar langkah... perlahan jalan!”

- Kaki kanan melangkah 1 langkah ke hadapan. Seterusnya, kaki kiri dan kanan hentak ke tanah.

- Luruskan hujung kaki dan gerakkan ke hadapan serta diikuti oleh kaki kanan secara perlahan.


2.2 Kawad Tongkat

2.3 Halangan Komando

Halangan Komandocrawl

1) Malalui titi komando

2) Memanjat tembok

3) Memanjat pokok

4) Memanjat Tali

5) Bergayut tali

6) Memanjat tangga

7) Menyusupi halangan tayar di atas tanah

8) Menyusupi halangan tayar yang di gantung

9) Berjalan di atas benteng kayu

10) Memanjat jaring


Kebolehan

a) Merancang dan menjalankan pengembaraan

b) Merancang malam pengakap

c) Menjalankan mesyuarat ketua petrol


Kerjayaan

Kumpulan 1

-mendaki bukit

Kumpulan 2-Amali

-perkerjaan tangan/tukang gambar

Kumpulan 3 -Kesungguhan

-Buku Log

Kumpulan 4-Masyarakat

-menyedia, memasak dan melayan

Kumpulan 5-Kemahiran Pengakap

-simpulan ikatan

a) Simpulan abah-abah e)Tindih kasih air h)Lilit kacang/ular

b) Lilit tindih kejap f)Ikatan pengail i)Ikatan silang tungku

c) Simpul ngah g) Sambatan mata


Rawatan dan pertolongan cemas

Rawatan patah tulang

1.Rawatan fraktur tulang bergantung kepada jenis dan lokasi tulang tersebut. Rawatan awal fraktur adalah immobilisasi . Menggantung anggota yang patah boleh mengurangkan kesakitan dan kebengkakkan.

2.Rawatan juga boleh dibahagikan kepada rawatan konservatif ataupun secara pembedahan. Rawatan konservatif termasuk penarikkan tulang ke posisi normal dan menggunakan simen untuk memegang fraktur tersebut.

3.Pembedahan akan dilakukan pada jenis-jenis fraktur tersebut:

a) serpihan tulang yang yang tidak boleh disambung dengan sempurna

b) fraktur yang melibatkan sendi

c) fraktur yang mempunyai luka

4.Pembedahan akan dilakukan di dalam dewan bedah dan pelbagai alat akan digunakan untuk memegang tulang kembali ke posisi normal. Ini termasuk wayar, besi seperti skru atau paku. Pakar bedah perlu membersihkan kawasan fraktur sebelum menggunakan alat-alat tersebut. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan daripada luka yang terbuka.

Komplikasi rawatan

1.Di dalam rawatan konservatif, tulang mungkin pulih ke posisi yang kurang normal disebabkan oleh sifat – sifat fraktur tersebut. Di dalam rawatan yang melibatkan pembedahan, ia mempunyai komplikasi umum pembedahan seperti kecederaan kepada urat saraf, jangkitan kuman atau komplikasi dari anesthesia.

2.Terdapat beberapa komplikasi spesifik kepada fraktur :

a) ‘delay union’ – waktu untuk pulih mengambil masa yang lama

b) ‘non union’ – fraktur tidak pulih pada waktu yang ditetapkan

c) ‘mal union’ – faraktur pulih tetapi tidak kembali ke posisi asal

3.Pakar bedah ortopedik akan berbincang dengan pesakit tentang rawatan dan komplikasi yang mungkin akan timbul akibat fraktur.

Unsungan pesakit

1. KAEDAH MENOPANG.

a. Berdiri disebelah bahagian yang cedera

b. Letakkan tangan mangsa pada bahu dan tengkuk anda .

c. Pegang pergelangan tangan mangsa.

d. Letakkan sebelah tangan lagi disebelah pinggang untuk menopang mangsa.

e. Gerakkan kaki di bahagian dalam dahulu.

f. Geraklah perlahan-lahan , ikut pergerakan kaki mangsa.

2. KAEDAH MENGHERET DAN MENARIK.

a. Letakkan tangan mangsa pada dada

b. Pembantu mencangkung di belakang

c. Letakkan tangan anda melalui bawa ketiak mangsa untuk menopang tangannya.

d. Kukuhkan tangan anda pada tangan mangsa.

e. Mangsa juga boleh diheret denganselimut atau tikar.

3. KAEDAH MENDUKUNG.

a. Cangkung disisi mangsa di bahagian yang cedera.

b. Letakkan tangan pada bahagian atas pinggang mangsa.

c. Lengan sebelah lagi mengampu di bahagian bawah peha.

d. Rapatkan badan mengsa ke arah pembantu mula (pengangkat )

4. KAEDAH MENGEDONG.

a. Bongkok dihadapan mangsa

b. Tangan mangsa diletakan pada bahu pembantu

c. Pegang erat peha mangsa.

d. Bangun perlahan –lahan dengan mata memandang kearah hadapan .

KAEDAH USUNGAN BAGI DUA ORANG PEMBANTU MULA

1. DUDUK 2 LENGAN.

a. Cangkung menghadap mangsa

b. Selangkan lengan dibelakang mangsa dan mengampu pada pinggang.

c. Meletakkan sebelah tangan dibahagian bawah lutut mangsa dengan disilangkan.

d. Rapatkan badan pada mangsa

e. Angkat mangsa erat bersama.

2. USUNGAN DI LUAR DAN BURITAN

a. Dudukan mangsa dan cangkung dibelakang mangsa.

b. Silangkan tangan melalui bawah ketiaknya dan paut pergelangan tangan.

c. Pembantu anda mencangkung disebelah mangsa.

d. Pegang dibahagian bawah lutut serta rapatkan kedua kakinya ke pembantu.

e. Bangun serentak .

3. KAEDAH USUNGAN KERUSI.

a. Pastikan Kerusi OK .

b. Ikat mangsa pada kerusi

c. Pegang kerusi pada

d. Kerusi perlu diangkat jika melalui tangga

4. PENGUSUNG (STERCHER)

a. Perisa sama Ok atau tidak

b. Tahu tahap keupayaan mangsa pada beban

c. Mangsa yang tidak sedar perlu diikat.

5. KAEDAH BAWA DENGAN STERCHER

a. 4 orang

b. 2 hadapan dan 2 belekang

c. Bawa mangsa dengan arah pergerakan kaki dulu..

d. Langkahan perlu pendek.

e. Turunkan perlahan-lahan.