Nak Simpan Emas?
Simpanan emas GAP adalah simpanan emas yang bersandarkan 100% kepada emas fizikal dan telah pun disahkan patuh syariah pada 29 September 2017 oleh Amanie Advisors.
Gram emas yang dibeli akan disimpan oleh Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj simpanan. Setiap kali buat pembelian emas, jumlah gram emas akan bertambah dan terkumpul di dalam akaun GAP.
Anda boleh semak jumlah simpanan emas bila-bila masa secara online melalui website atau aplikasi public gold
Terdapat pelbagai jenis emas fizikal (goldbar atau dinar) yang ada seperti 0.5gram, 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 1/2dinar, 1dinar, 5dinar dan 10dinar.Â
Anda boleh keluarkan mana-mana emas fizikal yang anda mahu apabila jumlah gram telah mencukupi. Jika tidak mahu pegang emas fizikal, biarkan sahaja di dalam akaun tersebut.