11 September 2025 - Innovate Go For Impact (UPM)
Venue : UPM ( Engineering Sector )
Sebanyak 4 orang murid terlibat yang terdiri daripada form 3. Mendapat silver award yang terdiri daripada lebih dari 12 sekolah. Pertandingan ini bertujuan untuk membuka minat dan minda pelajar untuk membuat suatu inovasi baharu demi kemajuan teknologi.
17 Julai 2025 - Pertandingan Akhir Pengisahan Rukun Negara
Sebanyak 3 orang pelakon terlibat dan 4 orang backdrop. Salah satunya ialah Muhammad Safwan bin Sulaiman. Mereka mendapat johan dalam Pertandingan Peringkat Akhir Pengisahan Rukun Negara Peringkat Negeri. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan semangat cinta akan negara.
RIMUP RAYA
Rimup raya merupakan hari termeriah bersama rakan sekelas. Kami semua menikmati juadah yang disediakan dengan perut yang kosong. Selain itu juga, kami bersama-sama berkunjung ke kelas yang lain bersama untuk menikmati juadah disana. Namun begitu, rimup raya ini bukan sahaja tentang bersuka ria, tetapi juga tentang kemaafan antara satu sama lain. Kami menyudahi rimup raya kami dengan sesi bergambar dan bervideo bersama
13 MAC 2025 - Pertandingan Kad Raya Digital
Murid-murid 3 Cekal telah melibatkan diri dalam pertandingan Mencipta Kad Raya Digital dengan membuat kad raya digital menggunakan laman web Canva yang menarik dan unik. Pertandingan ini menggalak murid menggunakan peranti masing-masing untuk hasilkan kad raya digital yang berbagai bentuk. Berikut adalah karya-karya pemenang dari kelas 3 Cekal.
Ainssya Fazlin telah memenangi tempat pertama , Amirul Hazeeq telah memenangi tempat kedua dan Duerra Mitilda Eiroza telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ini. Semua murid 3 Cekal telah membuat kad raya digital yang amat menarik.