DROPSHIPPING DI SHOPEE??
Belum ada produk tapi nak cuba menjual di platform Shopee, so nak try buat DS sebab tak perlu keep stok dan modal permulaan pulak rendah, kan??
Chupp sat... sebelum nak menjual mesti faham apakah kos tambahan yg terlibat untuk setiap jualan yg bakal anda buat.
Shopee dan facebook adalah dua platform yg sangat berbeza, macam langit dan bumi.
Shopee ialah platform e-commerce yg terikat banyak T&C, Guidelines, Regulations seperti :
1) Community Rules
2) Shopee Policies yg mengandungi 22 General Policies
3) Setiap aktiviti jualan, transaksi termasuk lah chatting sentiasa di pantau oleh system AI yg canggih
Nak setup akaun buying memang mudah tapi nak setting untuk My Shop perlukan sedikit masa untuk faham regulations asas supaya tidak di banned oleh operator.
Shopee's Fee & Charges yg akan di kenakan ke atas semua seller adalah seperti berikut;
1) Transaction Fee @ 2.12% (all seller)
2) Service Fee @ 4.24 ~ 6.36% (opt-in seller)
3) Commission Fee @ 1.06 ~ 2.12% (new seller @ 0%)
Cara kiraan seperti berikut:
Add Cost Shopee = Transaction Fee+Service Fee+Commission Fee
1) New Seller with < 100 orders :
2.12 % + 0% + 0% = 2.12%
2) Seller with > 100 orders + FS15 :
2.12 % + 4.24% + 1.06 % = 7.42%
Jika nak mudah kira kita boleh ambil additional cost shopee pada kadar 8% ~ 10%.
Jom buat kiraan asas berdasarkan harga sebenar yg saya dapat dari HQ untuk sejenis produk yg di pasarkan melalui system dropshipping.
Contoh 1:
---------------
Harga Jualan = RM120.00
Harga DS = RM102.00
Shopee fee & charges pulak di ambil pada nilai yg di bayar oleh buyer (Buyer Paid Amount) iaitu TERMASUK SHIPPING FEES:
Shipping Fees = RM4.50
>> Total Buyer Paid Amount
= RM120 + RM4.50
= RM124.50
>> Shopee Fees & Charges yg dikenakan ke atas SELLER (yg membuat DS) ialah;
RM124.50 x 0.10 = RM12.45
(untuk satu unit jualan tersebut)
>> Total Income dari jualan pula;
RM120 - RM102 = RM18.00
>> Net Income yg Seller dapat ialah ;
RM18.00 - RM12.45 = RM5.55
>> Kiraan Profit Margin pula seperti berikut:
RM5.55/RM120 = 0.046 x 100
= 4.6%
Ini adalah peratusan komisen yg biasanya diberi kepada dropshipper dan berbeza mengikut jenis produk serta syarikat pengendali. Mungkin ada komisen yg setinggi 15 ~ 20% ?
Contoh 2:
---------------
Harga Jualan = RM12.00
Harga DS = RM10.50
Shipping Fees = RM4.50
>> Total Buyer Paid Amount
= RM12 + RM4.50
= RM16.50
>> Shopee Fees & Charges
= RM16.50 x 0.10 = RM1.65
>> Total Income dari jualan pula;
RM12.00 - RM10.50 = RM1.50
>> Net Income yg Seller dapat ialah ;
RM1.50 - RM1.65 = - RM0.15 (minus)
>> Ini adalah contoh kesilapan yg banyak berlaku tanpa di sedari oleh online seller. Minus profit.
KENAPA KIRAAN INI PENTING??
----------------------------------
1) Sebagai perbandingan, profit margin MINIMUM yg perlu di ambil oleh online seller ialah sebanyak 20% jika mahu survive di dalam bisnes online!
2) Profit margin serendah 5% yg diperolehi oleh seller sangat tidak relevant untuk seller yg berniaga di shopee. Jika di platform lain seperti facebook @ whatsapp group mungkin lebih sesuai.
3) Paling penting sekali ialah di manakah overhead cost (kos operasi bisnes) hendak di ambil jika margin serendah < 5% sahaja yg di perolehi untuk setiap jualan?? Pernah kira tak overhead kos bisnes anda??
* Important Notes:
----------------------
1) Supplier untuk produk DS ini TIDAK terlibat langsung dalam setiap transaksi yg berlaku di antara SELLER dengan BUYER ataupun SELLER dengan Shopee
2) Shopee Fees & Charges akan di tolak daripada SELLER income sepenuhnya dan sekali lagi Supplier tidak ada kaitan sama sekali.
3) Sekiranya berlaku sebarang masalah semasa penghantaran (overweight charges) atau pun masalah dengan produk, semuanya akan di rujuk kepada SELLER.
4) Jika berlaku sebarang kelewatan (delay) pada tempoh 2 hari DTS (day to ship) maka SELLER yg akan menerima penalti dari Shopee dan sekali lagi Supplier anda tidak terlibat.
Nak buat DS tiada masalah tapi make sure buat kiraan Profit Margin yg betul sebelum proceed.
Jom belajar supaya kita tidak membuat masa bertahun-tahun menjual produk yg sama dan yg tidak menguntungkan.
Tak percaya?? Baca kat sini
https://www.bigcommerce.com/blog/dropshipping/...
Published by Yahya Razak dated 8 May 2022 at 22:15
MENJUAL DI PLATFORM E-COMM No.1 M'SIA & ASIA
Anda ada produk dan memang dah lama nak cuba menjual di platform e-commerce, cuma tak tahu cara nak bermula?
Mudah sahaja.
Katakan anda penjual produk kosmetik dan nak cuba menjual 'Masker' di shopee. Cuba buat begini;
<CHECK TREND DEMAND & SUPPLY>
1. Masuk ke hompage Shopee Malaysia
2. Di Search tab, taip satu keyword asas contohnya jika anda nak cuba tengok trend pasaran masker hanya taip "masker'. Ini keyword asas produk, tak perlu taip nama brand dan sebagainya. Tekan enter
3. Paparan skrin anda akan beralih dari homepage ke Search Result Page. (Lihat attachment)
4. Perkara pertama yg perlu anda lihat ialah berapa kah julmah produk listing yg aktif untuk maskara. Sila tengok pada bahagian sebelah kiri di section By Category. Untuk maskara ada 6000 produk listing yg berdaftar. Inilah jumlah registered produk di bawah kategori yg sama iaitu 'Face Mask & Packs
5. Sekarang anda perlu cari pula berapa kah jumlah jualan tertinggi yg telah di rekod kan. Di bahagian tab button "Sort by" pilih RELEVANCE untuk melihat kesemua listing yg ada. Scroll atas & bawah untuk mencari top seller dengan jualan tertinggi. Untuk maskara ada seller yg dah catat rekod jualan sebanyak 2.5 Juta units sold.
6. Sekarang anda perlu tahu berapa pula jualan sebulan seller tersebut. Di bahagian tab button 'Sort by' sila pilih TOP SALES. Lihat berapa kah jumlah jualan sebulannya. Untuk masker rekod jualan tertinggi sebulan ialah 32.4k!
7. Tak perlu membuat perbandingan harga dengan seller pesaing yg ada kerana yg paling penting ialah anda sudah tahu yg produk masker ini mempunyai permintaan yg tinggi di pasaran online di platform e-commerce Shopee.
Mudah, kan? Tak sampai 2 minit dah selesai carian trend demand & supply untuk satu jenis produk. Teruskan membuat carian untuk produk seterusnya mengikut langkah yg sama di atas.
Bila dah buat keputusan nak menjual produk yg mana satu, lepas ni kena pula belajar cara setting shop page dan yg paling penting cara nak tarik trafik harian Shopee M'sia yg berjumlah 1.8 Juta sehari masuk ke kedai online anda.
Banyak sekali cara nak belajar setup shop page yg sedia ada di youtube channel, salah satunya yg mudah di fahami ialah video dari Sarah Dalili.
https://www.youtube.com/watch?v=FUG844wmnAg&t=338s
Atau nak lebih mudah boleh klik link di bawah ni.
http://www.wasap.my/601132210196/nakPCoaching
Kalau tak berapa rajin nak tengok video-video youtube, boleh try join kelas secara Personal Coaching.
Belajar dari asas menjual di shopee sehingga advance level seperti teknikal ads setting & product performance analysis.
Selamat Mencuba!
Published by Yahya Razak dated 30 May 2022 at 10:52
Buying State of Mind
Setiap jenis niche produk ada buying pattern yg berbeza. Semuanya sangat bergantung pada sifat atau behaviors buyer.
Kita seorang seller dan kebanyakkan dari kita pastinya juga seorang buyer.
Mana mungkin kita tidak membeli produk untuk di jual atau paling kurang bahan untuk pembungkusan produk kita.
Kenapa & bila masanya orang membeli?
Ini lah yg di maksudkan dengan buying state of mind.
Mustahil seseorang itu membeli secara tak sengaja iaitu membeli pada ketika minda tidak berada di dalam keadaan yg bersedia untuk membeli.
Contohnya membeli ketika sedang tidur iaitu ketika minda sedang berehat tanpa ada niat nak membeli. Mustahil!
Kita membeli dalam beberapa keadaan.
1. Terdesak atau terpaksa
Contohnya ketika PKP di laksanakan saya pasti semua orang tak ingin pun membeli face mask tetapi oleh kerana terpaksa memgikut peraturan undang-undang darurat makan kita semua terpaksa membelinya. Yang untung siapa? Pengeluar dan juga seller face mask, berapa units sold? 5.1 million setakat semalam!
2. Suka
Ada orang membeli kerana memang suka membeli walaupun dia tak memerlukan barang tersebut. Bila shopee ada buat big event sales dia membeli seperti angin berhembus. Yang penting ialah feeling atau kepuasan apabila melihat barang yg di pesan berada di depan pintu rumah.
3. Minat
Apabila dah minat dengan artis kesayangannya, apa sahaja yg dia jual pun kita beli dan tak penting sama ada sedap atau sebaliknya. Dia jual susu pisang kita beli, dia jual selipar kita beli, dia jual stapler kita beli, dia jual inai celup pun kita beli padahal yg membeli tu lelaki kot.
Ini lah di antara beberapa keadaan minda ketika membeli atau yg di sebut buying state of mind.
Siapakah antara yg paling berjaya menggunakan teknik menjual ketika buyer berada dalam buying state of mind??
Sambal nyet KA antara yg paling berjaya, beliau hanya menjual ketika buyer sudah bersedia dengan buying state of mind sahaja. Tak percaya? Cuba cari produk listing sambal nyet beliau sekarang kalau ada.
Product listing beliau sentiasa on & off.
‘Off’ apabila buyer tak bersedia membeli dan ‘On’ semula apabila beribu orang telah bersedia dengan minda hendak membeli iaitu buying state of mind.
Berapa dah units sold sekarang? Last time sy ternampak hampir 900k botol terjual.
Salah satu kecanggihan Amazon Algorithm A10 ialah memaparkan ads yg tepat hanya pada potential buyer yg berada dalam buying state of mind.
Jom bijak bisnes!
Published by Yahya Razak dated 26 May 2022 at 13:14
A to S
Ini adalah singkatan kepada Advertising to Sales Ratio.
Maksudnya berapa peratus ads spending daripada total sales revenue.
Dalam bahasa mudahnya begini, jika company A membelanjakan sebanyak 5% daripada revenue(perolehan) untuk pengiklanan bermakna kempen pengiklanan mereka sangat effektif.
Tetapi jika company B pula membelanjakan sebanyak 15% daripada revenue tidak bermakna kempen iklan mereka tidak berkesan. Ini kerana nilai A to S berbeza mengikut industri atau niche produk.
Sebagai contoh, untuk industri kosmetik adalah normal untuk membelanjakan sehingga 21% daripada revenue mereka untuk pengiklanan. Tetapi untuk industri facilities seperti perbankan pula average A to S sangat rendah iaitu hanya sekitar 1 ~ 2% sahaja.
Macam mana kira? Senang sangat, sekali baca ayat dah tahu formula kiraan, kan.
Total Ads Expenses / Sales Revenue
Mudah, kan.
Tak perlu calculator pun kalau mahir mengira. Tapi yg menjadi persoalannya ialah - Pernah kira ke tak?
Antara kesilapan yg selalu seller buat ialah hanya melihat angka jualan atau sales revenue sahaja.
Tuan-tuan, angka jualan bukan segalanya dalam bisnes! Sales bukan lah NYAWA kepada bisnes anda.
Banyak sekali faktor lain yg lagi penting daripada sales revenue.
Okay, sekarang kita nak tahu berapa peratus kah perbelanjaan yg selamat??
Average bisnes mengambil ratio antara 1 ~ 15% sahaja daripada sales revenue mereka untuk tujuan marketing.
Paling tinggi pun 20%, terbaik
ialah kekalkan di bawah 15%.
Belajar sesuatu??
Published by Yahya Razak dated 03 June 2022 at 10:00
SHOPEE FEES & RETAIL PRICE
Saya pernah terbaca di dalam group posting yg bercerita tentang kos tambahan yg di kenakan oleh Shopee kepada semua seller bagi setiap transaksi jualan yg berjaya di buat oleh seller.
Ada yg beranggap kos shopee agak tinggi, tak patut, mahal dan sebagainya. Tak apa itu hak kita sebagai pengguna, kan.
Mungkin sedikit penerangan di posting dapat ini membantu seller-seller yg baru cuba nak berniaga secara online dan mungkin tidak ada pengalaman berniaga secara konvensional iaitu kedai fizikal.
Sebagai platform operator shopee semesti akan mengenakan fees tertentu kepada setiap seller yg ingin menjual di platformnya. Ini perkara biasa di dalam bisnes. Dan ini bukannya kos tersembunyi pun, memang operator platform e-commerce yg terlibat pun dah declare setiap kos yg bakal di kenakan kepada seller yg nak participate sebagai seller di platform mereka.
Bukan sahaja shopee hatta kedai mamak pun kalau kita nak berniaga burger di depan kedainya jugak mengenakan fees atau di panggil sewa tapak kerana menumpang popularity kedainya. Atau dalam bahasa teknikal kita sebut menumpang 'trafik pelanggan'.
Itu baru kedai mamak yg trafik pelangan harian tidak mungkin mencecah 100k sehari, ker ade yg cecah macam tu, saya tak pasti.
Sekarang kita tengok fakta yg realistik dan bukannya di petik dari sumber yg tidak pasti atau posting media sosial. Untuk grow your bisnes kita mesti tahu di mana & apa rujukan kita supaya kita membuat strategi, plan dan target yg betul.
Sekarang cuba kita tengok data mengenai jumlah trafik pelawat di shopee setiap hari. Berapa la agaknya ye, 200-300k je kot takkan banyak sampai juta-juta kot. Ishhh..macam tak logik jer.
Logik ke tak jom kita tengok ye berapa volume trafik pelawat sehari yg masuk untuk bershopping dan bukannya bersosial.
>>> MONTHLY WEB VISITS = 56.2 Million as of Q42021
So kita bahagikan dengan 30 hari maka dapat seperti berikut;
>>>56 Juta / 30 = 1.86 Juta SEHARI
WOW!
Tinggi ke tak? Fikir, buat perbandingan dan jawab la sendiri. Kalau trafik visitor setinggi ini memang logik sangat kenapa ramai sanggup bayar untuk 'park' shop page di website mereka.
Kalau saya, 15% pun saya still ON. Sebab saya pernah buka kedai printing yg kos overhead jauh lebih tinggi dari yg shopee kenakan.
Selain daripada volume trafik yg tersedia, sudah tentu setiap bisnes ada overhead cost mereka, contohnya server farm maintainance, ambassador fee, ads spending dan banyak lagi.
Sebab tu la kita sebagai seller mesti kena bayar jika nak join bisnes di platform e-commerce mereka yg No.1 di ASIA ye, bukan M'sia sahaja.
Apakah fees yg terlibat??
Shopee fees secara umum ada 3 yg besar dan wajib kita masukkan ke dalam kos barang yg kita hendak jual;
1) Transaction Fee @ 2.12%
2) Service Fee @ 2.12 ~ 6.36%
3) Commission Fee @ 0 ~ 2.12%
Ada fees yg di ambil secara sama rata dan ada yg di ambil mengikut program yg seller pilih dan ada yg mengikut performance seller.
Secara purata kita ambil 10% sebagai kos tambahan untuk di masukkan ke dalam kos barang kita dalam menentukan retail price untuk shop page kita walaupun sebenar (utk saya) ialah :
2.12 + 4.24 + 2.12 = 8.48%
>>Contoh kiraan sebenarnya seperti berikut;
Total Selling Price = RM573.28
Shipping Fees = RM28.00
* Total buyer PAID AMOUNT:
RM573.28 + RM28 = RM601.28
>>TOTAL AMOUNT TO BE PAID TO SHOPEE
RM 601.28 X 0.10 = RM 60.12
Tinggi ke jumlah yg saya dah bayar kat shopee tu? Jangan tengok nilai dalam RM, tengok nilai dalam %.
Perhatikan pada * yg saya letak pada 'BUYER PAID AMOUNT'.
Tengok betul-betul dan biar FAHAM dan jangan KELIRU. Maksudnya shopee fees di kira dari jumlah yg di bayar oleh buyer termasuk shipping fee!
BUKANNYA TOTAL PO SELLER.
Shipping fee ini tidak dibayar pun kepada kita malah kalau berlaku over-charged daripada kourier kita pulak yg kena bayar.
NAMPAK TAK?
Ada kos tambahan yg wajib kita masukkan ke dalam kos semasa membuat kiraan untuk menentukan Retail Price produk kita.
>>> RETAIL PRICE = COG + PM + SHOPEE FEES
Kalau kita tak masukkan extra kos tersebut memang kita akan melompat terkejut - kenapa shopee charge mahal sangat!
Padahal kita yg terlupa untuk masukkan kos tersebut sebagai kiraan wajib dalam menentukan harga jualan setiap produk.
Bende boleh belajar dengan mudah, nape tak nak belajar, kan?
Belajar sesuatu tak?
Nak SUKSES mesti rajin belajar, RAJIN bertanya, RAJIN membaca & RAJIN BERKERJA.
Published by Yahya Razak dated 18 June 2022 at 09:51
Quality Score
Dalam digital ads ada satu metrik yg menunjukkan quality score iklan yg kita buat.
CTR , click-through-rate.
Ini adalah jumlah dalam peratus ( % ) POTENTIAL BUYER kita. Mereka belum lagi membuat conversion tapi dari sini lah datangnya BUYER kita.
BERAPA QUALITY SCORE YG BAGUS?
Jawapannya agak subjektif sebab bergantung kepada niche produk kita.
Tetapi secara umumnya begini;
1. Jika CTR < 1%
Ini bermakna posting, content, copywriting yg ada pada iklan tersebut sangat lemah, tidak menarik dan berkemungkinan harga juga tidak competitive.
Jika mendapat quality score begini secara berterusan katakan selama lebih seminggu maka iklan tersebut hendaklah di hentikan serta merta dan mesti di gantikan dengan iklan yg baharu.
2. Jika CTR 1~2%
Ini adalah quality score yg rendah dan bermakna iklan tersebut masih perlu di perbaiki dari segi design, kualiti gambar, tawaran yg menarik serta harga yg lebih murah. Sila buat improvement dahulu sebelum meneruskan iklan tersebut.
3. Jika CTR > 3%
Ini adakah quality score yg average yg patut di perolehi pada peringkat awal iklan berlangsung iaitu dalam tempoh 3-5 hari pertama. Teruskan iklan tersebut untuk mendapat data seterusnya iaitu conversion.
4. Jika CTR > 5%
Ini bermaksud quality score yg bagus dan dalam masa terdekat akan berlaku conversion. Sila teruskan iklan tersebut dan amat berbaloi untuk diletakkan budget yg lebih tinggi bagi menyasarkan higher conversion.
5. Jika CTR > 10%
Ini quality score yg amat cemerlang sekali dan sangat sukar untuk di perolehi mahupun di kekalkan. Hanya top performers sahaja yg mampu mendapat quality score yg sebegini.
Berapakah quality score yg anda selalu dapat?
Adakah masih di kategori Lemah, Average atau sangat bagus?
Berapa pulak quality score yg tertinggi pernah anda capai ?
Jangan tepuk dada tanya selera pulak ye.. ini PURE teknikal , kita mesti rujuk ads statistik yg sebenar.
Nilai CTR paling tinggi yg pernah sy perolehi ialah 100% ! Entah macamana baru run ads terus ada orang terlihat iklan tersebut dan orang yg sama juga terus klik. Mungkin iklan tersebut terlalu menarik?
Belajar sesuatu tak pagi ni?
Selamat pagi!
Jom belajar teknikal ads.
Published by Yahya Razak dated 1 June 2022 at 10:00
Digital Marketing Component
Digital marketing sentiasa bergerak melalui satu jaringan network yg sangat luas dan dapat di akses oleh pelanggan setiap masa setiap hari.
Digital marketing ini juga merujuk kepada semua bentuk pengiklanan yg di hantar melalui digital channels contohnya seperti ;
1. Search Engines
2. Websites
3. Social Media
4. Email
5. Mobile Apps
Kenapa perlu menggunakan secara optimum kesemua 5 channel di atas untuk membuat iklan?? Ada sebab atau just ikut apa yg trending sahaja?
Orang buat iklan di facebook kita follow, facebook tak berapa jalan kita beralih ke tiktok pula. Tanpa mengetahui sebab dan kenapa kita buat, boleh ke macam tu??
Jom kita tengok kenapa perlu buat marketing secara digital di kesemua mainstream media.
Antaranya ialah;
1. Pengguna sekarang sangat bergantung kepada sumber digital untuk membuat kajian tentang sesuatu produk. Dia nak cari bahan untuk buat kimchi, terus sahaja google atau cari di youtube. Nak masak resipi yg sedap-sedap juga hanya perlu cari di google sahaja.
2. Sebanyak 48% pengguna membuat carian bahan atau produk yg hendak di beli atau di buat melalui search engine. Nak cari apa pun hanya perlu taip keywords berkaitan di google dan anda akan di bawa lansung ke landing page melalui link yg tertera.
3. Sebanyak 33% pengguna pula membuat carian mereka terus di brand websites produk yg mereka sedang mencari.
Contohnya, jika anda mencari mentor dan guru yg hebat terus sahaja menaip Irfan Khairi lalu kita akan mendapat semua maklumat tentang kelas online yg beliau tawarkan.
4. Sebanyak 26% pula membuat carian melalui mobile apps.
APAKAH KOMPONEN UTAMA DALAM DIGITAL MARKETING??
1. Paid Search
2. SEO (Search Engine Optimization)
3. Content Marketing
4. Sosial Media Marketing
5. Email Marketing
6. Mobile Marketing
7. Marketing Automation
Bagaimana pula cara menggunakan setiap komponen tersebut??
Published by Yahya Razak dated 7 June 2022 at 17:16
MARKETING vs SALES
Kerja orang marketing bukan lah mudah dan kebiasaannya mengambil masa yg lama. Mereka memperkenalkan produk yg baharu di keluarkan daripada syarikat pengeluar kepada pengguna.
Maklamat utama kempen marketing ialah memberitahu kepada pengguna bahawa produk baharu tersebut sudah berada di pasaran dan yg paling penting adalah untuk mencipta pelanggan.
Ini kempen Marketing.
Marketing BUKAN Sales, kerana tugas serta matlamat utama mereka berbeza sekali. Memang keduanya saling berkait dan saling memerlukan.
Kerja sales pula ialah mengambil wang dari poket pelanggan iaitu dengan memujuk dan menukarkan mereka yg asalnya pelanggan menjadi pembeli. Apabila mereka sudah yakin dengan kualiti produk atau servis yg ditawarkan mereka akan di tukarkan menjadi pengguna tegar pula.
Ini kempen Sales.
Mana yg lebih penting?? Kedua-duanya sama penting tetapi mestilah di buat mengikut proses flow yg BETUL.
Jangan terus buat kempen jualan tanpa memulakan kempen marketing. Mustahil untuk orang membeli tanpa di perkenalkan produk terlebih dahulu.
Tak percaya?
Katakan anda seorang produk jam tangan G-Shock Frogman GWF-A1000.
Cuba buat begini;
1. Letakkan produk anda di dalam box yg berwarna hitam dan balut kemas supaya pelanggan tidak nampak dan tidak boleh membukanya.
2. Cuba buat jualan di sebuah pasaraya yg mempunyai crowd dan letakkan harga pada box tersebut katakan RM50 setiap satu.
3. Approach setiap pengujung pasaraya yg lalu lalang dan cuba buat kempen jualan.
4. Buat selama sebulan untuk tengok apa hasilnya.
Adakah orang yg akan membelinya?? Memang TIADA kerana pelanggan tidak tahu apa yg anda sedang jual - anda TIDAK pernah memperkenalkan produk kepada pelanggan
5. Sekarang tukar pula strategi yg baru tetapi gunakan tempat yg sama.
6. Buang bungkusan rapi tersebut dan letakkan produk tersebut di dalam showcase kaca yg lengkap dengan rotating display stand.
7. Letak harga sebenar produk tersebut, RM2,199.00
8. Pasangkan musik yg sesuai dan tayangkan video content yg menarik pada screen supaya orang boleh nampak dengan jelas.
9. Buat kempen Marketing iaitu approach pelanggan yg berkaitan dengan produk sahaja dan terangkan kelebihan produk anda.
10. Jangan approach kanak-kanak, warga emas, budak sekolah dan seumpamanya. Pilih pelanggan anda kemudian baru buat kempen marketing. Buat STP (Segmentation - Targeting - Promotion)
11. Buat selama tempoh sebulan dan lihat hasilnya.
Ya, pasti ada pelanggan yg akan membeli walaupun harganya mahal kerana anda telah meletakkan target yg spesifik siapa bakal pembeli.
Tetapi..
Tetapi masih ramai yg hanya push kepada kempen jualan semata-mata atas alasan mengejar TARGET SALES yg telah di tetapkan.
Anda sebenarnya terlepas satu STEP yg penting iaitu MARKETING kempen. MARKETING FIRST! Kemudian setelah mendapat targetted customer baru lah jalankan kempen SALES untuk menukarkan produk yg anda jual dengan wang pelanggan terpilih.
Jom bijak bisnes.
Published by Yahya Razak dated 4 June 2022 at 14:26
Jom Bijak Bisnes! Sehari belajar satu ilmu, BUAT SAMPAI MAHIR