10BEDS GUEST HOUSE hanya dikhususkan kepada pelanggan MUSLIM dan MAHRAM sahaja,
Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran deposit keselamatan RM200. Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh 24 jam selepas membuat tempahn online, pihak 10BEDS GUEST HOUSE berhak untuk membatalkan tempahan tersebut.
Masa check in : 3.00 petang
Masa check out : 12 tengahari
Sila nyatakan waktu jangkaan anda tiba pada Host 10BEDS GUEST HOUSE untuk memudahkan anda daftar masuk dengan selesa.
Kunci akan diserahkan pada tarikh check in.
Baki bayaran penuh perlu dibayar 14 hari sebelum check in. Jika tempahan dibuat kurang dari 14 hari dari tarikh check in, bayaran penuh + deposit keselamatan perlu dibuat semasa tempahan.
Bilangan tetamu yang dibenarkan adalah MAKSIMA 10 orang. Jika bilangan lebih daripada ini, pelanggan perlu mendapat kebenaran awal pemilik 10BEDS GUEST HOUSE.
Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in.
Caj lewat check out akan dikenakan sebanyak RM50 setiap 1 jam selepas 12 Tengah Hari. Kita harus memberi laluan yang selesa kepada bakal penghuni yang akan datang
Pelanggan perlu membuat bayaran deposit sebanyak RM200 jika tempahan lebih dari 14 hari dari tarikh check in. Bayaran deposit keselamatan adalah berasingan dengan jumlah bayaran yang perlu dibuat mengikut hari yang telah dipilih.
Jika tempahan dibuat kurang dari 14 hari dari tarikh check in, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah RM200 (deposit) + JUMLAH PENUH BAYARAN TEMPAHAN.
Pihak HOST 10BEDS GUEST HOUSE berhak untuk membatalkan tempahan jika tidak menerima bayaran DEPOSIT KESELAMATAN & BAYARAN PENUH dalam tempoh 14 hari dari tarikh check in.
Deposit akan dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh check out setelah pihak pengurusan membuat semakan kerosakan atau kehilangan atas fasiliti yang disediakan.
Deposit akan ditolak mengikut harga yang telah ditetapkan bagi setiap barang dan fasiliti yang rosak atau hilang.
Deposit juga boleh ditolak atas peraturan dan syarat yang dilanggar.
Pihak HOST 10BEDS GUEST HOUSE berhak menunutut sebarang bayaran akibat kerosakan peralatan atau fasiliti rumah jika ia melebihi jumlah wang deposit keselamatan yang bernilai RM200.
Pelanggan boleh membuat pindaan tarikh tanpa apa-apa caj mengikut kekosongan dalam tempoh sebelum 14 hari dari tarikh check-in.
Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir (pemakluman kurang daripada 7 hari dari tarikh check in)
Jika pindaan tarikh dilakukan kurang dari 14 hari, caj pengurusan sebanyak RM100 dikenakan.
Pelanggan TIDAK DIBENARKAN membuat pembatalan tempahan dengan apa-apa sebab sekalipun, namun boleh menunda ke tarikh yang baru mengikut kekosongan. Pelanggan boleh menunda ke suatu tarikh yang baru sebanyak 2 kali sahaja.
Pihak 10BEDS GUEST HOUSE hanya menyediakan pakej Astro Njoi.
Sekiranya pelanggan berhasrat untuk melanggan channel / filem tambahan, pelanggan perlu memaklum serta mendapatkan keizinan awal host 10BEDS GUEST HOUSE sebelum berbuat demikian. Segala caj dan bayaran langganan adalah atas TANGGUNGAN PELANGGAN. Pihak 10BEDS GUEST HOUSE berhak untuk menuntut bayaran balik / melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya didapati pelanggan melanggar peraturan ini.
FASILITI & KELENGKAPAN
Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penyelenggaraan / pihak berkuasa setempat
Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu, kipas, aircond dan seterika ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
Sentiasa menjaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan 10BEDS GUEST HOUSE sepanjang menginap di sini.
MEMASAK & BBQ
Memasak dibenarkan dan HANYA di DAPUR yang disediakan sahaja dan dibersihkan selepas digunakan. KESELAMATAN rumah perlu sentiasa menjadi KEUTAMAAN. SAFETY FIRST !!!
Jika ruangan dapur dan BBQ ditinggalkan bersepah dan tidak dikemaskan semula, pihak kami terpaksa mengenakan caj pembersihan tambahan sebanyak RM100 melalui penolakan deposit.
BILANGAN PENGHUNI
Jumlah bilangan penghuni keseluruhan adalah seramai 15 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak.
Jika didapati bilangan melebihi kapasiti yang ditetapkan, keseluruhan deposit keselamatan RM200 tidak akan dipulangkan.
Pihak pengurusan akan memantau kemasukan penghuni melalui CCTV yang dipasang.
TEMPAT LETAK KERETA
Pelanggan mesti menyusun kenderaan di tempat letak kereta dengan cara yang betul supaya tidak menghalang laluan utama.
Keselamatan kenderaan yang diletakkan adalah tanggungjawab sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa bentuk kerugian.
KESELAMATAN PENGHUNI
Keselamatan semua penghuni adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian, kecurian, kecederaan atau kematian sebelum, semasa dan selepas menginap di sini.
Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan / atau tidak bermoral termasuk parti liar adalah DILARANG sama sekali.
Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
Penghuni DILARANG membawa masuk minuman keras dan bahan-bahan yang haram seperti khinzir/babi ke dalam 10BEDS GUEST HOUSE.
Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi perkara yang disenaraikan di atas.
Sekiranya didapati terdapat sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan/barang/struktur rumah, pihak 10BEDS GUEST HOUSE berhak untuk membuat tuntutan bayaran balik / melaporkan kepada pihak berwajib.
Jika pihak pengurusan menerima aduan beserta bukti, kami akan laporkan kepada pihak berkuasa
Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya:
Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dan lain-lain) dengan baik.
Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam
Pihak 10BEDS GUEST HOUSE tidak akan bertanggungjawab / dipersalahkan terhadap sebarang kehilangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan. Tiada tuntutan boleh dibuat ke atas10BEDS GUEST HOUSE atau pemiliknya.
Segala SYARAT & PERATURAN INI ditetapkan untuk memberi keselesaan kepada penghuni yang bakal menghuni disini. Kami percaya penghuni 10BEDS GUEST HOUSE adalah mereka yang memahami aspirasi dan semangat kami. Terima Kasih kerana menyokong kami.