SELAMAT DATANG / WELCOME
Selamat datang ke Laman Rasmi Unit Pengurusan Perolehan (UPP) Universiti Teknologi Malaysia. Laman ini diwujudkan bagi menyediakan maklumat terkini, panduan, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti perolehan universiti. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap proses perolehan dijalankan dengan telus, efisien, dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Telusuri laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi kami melalui maklumat yang disediakan. Selamat melayari!
Hebahan Aktiviti UPP
Pada 3 Oktober 2024, Unit Pengurusan Perolehan telah menyertai Anugerah Inovasi Jabatan Bendahari 2024 bagi 2 kategori inovasi berkumpulan dan 1 kategori inovasi individu. Anugerah ini adalah platform bagi warga Jabatan Bendahari menonjolkan inovasi kerja yang memberi nilai tambah kepada operasi harian dan pengurusan sumber organisasi. Penyertaan adalah terdiri daripada 4 kategori individu dan 6 kategori berkumpulan.
Pemenang telah diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf Persona Bitara yang diadakan pada 14 November 2024 dan team UPP berjaya merangkul juara dan tempat ketiga bagi 2 kategori berikut:
KATEGORI BERKUMPULAN:
JOHAN - PENAMBAHBAIKAN DAN PEYELARASAN PROSES KERJA BAGI PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM UTM (UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN)
SAGUHATI - PEWUJUDAN GOOGLE SHEET KHAS UNTUK KEPERLUAN BEKALAN STOR DI PTJ (UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN)
KATEGORI INDIVIDU:
TEMPAT KETIGA - PENGIKLANAN SEBUTHARGA /TENDER MELALUI TELEGRAM (HURUL AINI BINTI RAZALI)
SESI FINAL ACCEPTANCE TEST (FAT) MODUL PEMBELIAN TERUS SISTEM PEROLEHAN ELEKTRONIK (EP)
Sesi Final Acceptance Test (FAT) bagi modul Pembelian Terus untuk Sistem Perolehan Elektronik (eP) telah berjaya dilaksanakan pada 12 November 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, JTNCPI, UTM Johor Bahru, dengan kerjasama pasukan IKSB.
Sesi ini bertujuan untuk menguji fungsi modul secara menyeluruh bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan sistem serta pengesahan akhir sebelum modul ini disahkan siap sedia untuk digunakan sepenuhnya.
Antara PTJ yang terlibat dalam sesi ini adalah wakil dari PSM & Unit Bayaran Jabatan Bendahari, Jabatan TNCPI, serta RMC. Hasil daripada sesi ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti untuk tindakan dalam fasa seterusnya.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.
AKTA KERAJAAN
PEKELILING BENDAHARI
Memastikan perancangan perolehan dan pengemaskinian data perolehan ke dalam Sistem GPIS dilaksanakan secara cekap dan berkesan berpandukan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Urus setia di peringkat Universiti bagi pengurusan pelaksanaan perolehan Kerajaan melalui sistem elektronik seperti ePerolehan, GPIS, MyProcurement untuk bekalan, perkhidmatan, kerja dan perunding.