HEBAHAN PENAMBAHBAIKAN MATA CPD BAGI STAF GRED 14 KE ATAS UTM (2025)
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bakat dan Pelan Penggantian Bil. 3/2025 bertarikh 18 Jun 2025 telah meluluskan penambahbaikan pecahan mata CPD bagi staf UTM Gred 14 ke atas.
Penambahbaikan ini melibatkan penekanan kepada Komponen Kepimpinan, Fungsian serta Generik / Generik Akademik, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 30 mata CPD, tanpa had (capping) antara setiap komponen tersebut. Manakala, komponen-komponen lain adalah kekal bagi Gred 1-13 mengikut pecahan mata CPD semasa.
Penambahbaikan ini dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan latihan berasaskan kompetensi bagi staf Gred 14 ke atas selaras dengan strategik objektif Universiti dalam pembangunan bakat staf.
Tarikh kuat kuasa pelaksanaan penambahbaikan mata CPD bagi staf gred 14 ke atas ini adalah bermula 18 Jun 2025.
HEBAHAN PECAHAN KOMPONEN KOMPETENSI STAF PPP DAN AKADEMIK
Pelaksanaan kerangka kompetensi ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan bakat, meningkatkan kompetensi dan profesionalisme warga UTM serta memastikan kecemerlangan perkhidmatan selaras dengan aspirasi universiti.
Semua staf adalah digalakkan untuk mengambil maklum dan memahami kompetensi yang berkaitan berdasarkan gred serta skim perkhidmatan masing-masing bagi tujuan pembangunan kerjaya dan peningkatan prestasi .
Sumber : Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan/
Center for Talent & Leadership Development (CTLD)
Emel pada 10 Februari 2026
SILA ISI BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN SELEPAS KURSUS (TUJUAN REKOD)