Makmal Ukur Kejuruteraan dan Kadaster merupakan makmal perkhidmatan dan pembelajaran berkaitan ilmu Ukur Kejuruteraan dan Kadaster. Antara subjek-subjek pembelajaran yang melibatkan pengggunaan peralatan di makmal ini adalah Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Teknologi Ukur Kejuruteraan, Pemetaan Utiliti, Ukur Industri, Ukur & Pemetaan dan Ukur & Perhitungan. Peralatan terkini yang terdapat di makmal pula adalah 45 unit alat Total Station, 7 unit alat Theodolite Digital, 25 unit alat Automatic level, 13 unit alat Digital Level. Seorang Penolong Jurutera, Seorang Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan dua orang Pembantu Operasi yang dipertanggungjawabkan dalam urusan operasi dan pengendalian peralatan di makmal ini.
PENYELARAS MAKMAL
En. Mohd Faizi Mohd Salleh
Penolong Pegawai Latihan Vokasional KUP (DV6)
E-mail : mohdfaizi@utm.my
Block C05-101-01