Garis Panduan Permohonan

Tujuan

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberikan panduan dan rujukan kepada pemohon dari jabatan/PTJ/fakulti berkenaan tatacara pengurusan permohonan pembelian peralatan ICT dan multimedia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Punca Kuasa Kelulusan

Permohonan semakan spesifikasi teknikal peralatan ICT/multimedia di UTM perlu melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT UTM bagi pembelian peralatan bernilai RM20,000 dan ke atas. Pemohon yang mengemukakan spesifikasi teknikal kepada jawatankuasa ini akan membuat pertimbangan dan kelulusan spesifikasi sebelum pembelian dilaksanakan di jabatan masing-masing. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah UTMDigital merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM dan dianggotai oleh ahli jawatankuasa dari bidang kepakaran ICT dan multimedia yang akan membantu dalam membuat semakan dan penilaian spesifikasi. 

Bagi pembelian peralatan ICT/multimedia yang bernilai RM20,000 dan ke bawah, proses semakan akan dilaksanakan secara edaran yang akan diselaraskan oleh pihak Sekretariat Mesyuarat dengan ahli jawatankuasa mengikut bidang kepakaran masing-masing. Selain itu, bagi perolehan perisian berlesen semakan permohonan akan dibuat bagi memastikan perisian yang ingin dibeli tidak bertindih dengan perisian berlesen yang telah disediakan secara berpusat oleh UTMDigital. Memorandum Kelulusan bagi perolehan perisian akan dikeluarkan bagi menyokong proses pembelian. 

Tatacara Permohonan


Penyediaan Kajian Pasaran

Kategori Peralatan ICT/Multimedia



Kategori Peralatan ICT Yang Tidak Memerlukan Kelulusan Jawatankuasa Perolehan ICT

Peralatan yang tidak perlu dimajukan/mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal ICT adalah seperti yang disenaraikan berikut: 


1. Perkakasan atau Accesories Komputer

2. Perkakasan selain komputer

3. Buku elektronik (e-Book) untuk kegunaan individu kecuali permohonan dari perpustakaan.

4. Peralatan dan perisian yang spesifik secara pakej bersama alat penyelidikan (embedded software).

6. Pembaharuan kontrak penyelenggaraan perkakasan ICT termasuk peralatan rangkaian.


Senarai Semak Tindakan Selepas Kelulusan Jawatankuasa





a) Peralatan/perisian mestilah setara atau teknologinya lebih baik.

b) Tiada berlaku perubahan harga.


Sekiranya perkara a dan b tidak dipenuhi, pemohon perlu membuat permohonan semula untuk spesifikasi yang baharu.


Pemakaian Garis Panduan