Majlis Bandaraya Iskandar Puteri komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk di Iskandar Puteri tercapai melalui segala usaha yang dijalankan bersama komuniti dapat dilaksanakan secara dinamik, inklusif dan holistik

LATAR BELAKANG


Melihat kepada situasi semasa yang berlaku di seluruh dunia yang disebabkan oleh pandemik covid-19 telah menyekat pergerakan dan juga aliran sumber ekonomi. Hal ini, telah memberikan impak yang besar kepada komuniti terutamanya yang berada di kawasan bandar. Kebanyakkan komuniti berdepan pengurangan pendapatan akibat COVID-19, dengan penduduk di kawasan bandar paling teruk terkesan apabila kehilangan pekerjaan atau tempoh bekerja dikurangkan. Situasi kebejatan ekonomi ini telah menyebabkan penduduk bandar perlu lebih berhemah dan bersederhana di dalam kehidupan. Hal ini juga telah menyedarkan penduduk akan keperluan untuk menjadi lebih proaktif dalam menjana kewangan dalam masa yang sama turut mengimplementasikan gaya hidup rendah karbon di dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, amalan pembudayaan rendah karbon yang dijalankan ini wajar diiktiraf oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang akan memberi satu dimensi baru dan nilai tambah kepada mereka. Melalui program Geran Komuniti Rendah Karbon Iskandar Puteri 2021 yang menfokuskan kepada suntikan fiskal merupakan salah satu inisiatif bagi mendepani cabaran ekonomi semasa selain membudayakan gaya hidup rendah karbon dalam konteks glocal.

Bahan Taklimat Geran IPRK 1.0

Dashboard Kerjasama : Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 1.0 (Responses)

Dokumen Geran IPRK 1.0

Objektif Penawaran Geran

Mengiktiraf usaha komuniti Iskandar Puteri di dalam mengembangkan idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan penyelidikan, pengalaman, minat dan kemahiran.


Meningkatkan usaha rendah karbon di dalam pelbagai bidang keutamaan menerusi penglibatan komuniti, rakan strategik, NGO, organisasi penyelidikan, industri dan agensi berkaitan


Menggalakkan pelbagai aktiviti bagi menyokong kerjasama yang saling menguntungkan bersama dengan komuniti, agensi kerajaan / bukan kerajaan, industri dan sebagainya.


Fokus Penawaran Geran

MASYARAKAT RENDAH KARBON

Ianya perlu selari dengan inisiatif-inisiatif; Masyarakat Rendah Karbon, Local Agenda 21, Sustainable Development Goals, Bandar Selamat, dan lain-lain.



PERUNTUKAN KHAS KEPADA KOMUNITI

Geran yang diperuntukkan kepada komuniti di kawasan MBIP bagi memacu inisiatif rendah karbon



PELAKSANAAN PROGRAM ATAU PROJEK

Membolehkan komuniti untuk melakukan program atau projek yang dapat meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran



Skop Peruntukan Geran

Memberi Manfaat Optimum kepada Penduduk Iskandar Puteri


Membina Komuniti Kekal Mampan dan Berdaya Saing


Memperkasakan sinergi Quadrule Helix


Mendokong Matlamat Pembangunan Mampan


Bidang Keutamaan Geran

Kesukarelawanan & Penglibatan Komuniti



Pendidikan, Kesedaran Awam & Gaya Hidup Sihat


Infrakstruktur Hijau (Penjimatan tenaga, Tenaga boleh diperbaharui)


Pengurusan Sisa mampan


Kelayakan Pemohon

Tarikh Penting Permohonan