YTM FINAL PRESENTATION.pdf
Yayasan TM on Instagram: "Seramai lebih 240 pelajar dari 20 sekolah rendah di bawah Young Techno Maker Programme, sebuah inisiatif impak sosial Yayasan TM (YTM) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menyertai MAKEROBOT Challenge 2025 bagi menguji kemahiran pengaturcaraan dan kawalan robotik mereka.
Pertandingan peringkat kebangsaan yang melibatkan keseluruhan 40 buah sekolah rendah dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka ini menjadi platform penting dalam melahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam bidang robotik, automasi dan teknologi masa depan. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Tracer, Battle dan Soccer, yang menguji keupayaan peserta mengaturcara robot untuk menamatkan laluan, menolak objek dan menjaringkan gol melalui strategi serta kerjasama pasukan.
YTM berharap penyertaan dalam MAKEROBOT Challenge ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM, tetapi juga menanam semangat inovasi, keyakinan diri dan daya saing dalam kalangan generasi muda ke arah melahirkan bakat digital masa depan negara. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat!
#CommunityNationBuilding
#YayasanTM
#PurposeDrivenSocialImpact
#YourNEXTisnow
#GDRNPeduli"24 likes, 0 comments - yayasantm on October 24, 2025: "Seramai lebih 240 pelajar dari 20 sekolah rendah di bawah Young Techno Maker Programme, sebuah inisiatif impak sosial Yayasan TM (YTM) dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah menyertai MAKEROBOT Challenge 2025 bagi menguji kemahiran pengaturcaraan dan kawalan robotik mereka.

#GDRNPeduli".