EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PEJABAT PENTADBIRAN
UTHM - KAMPUS CAWANGAN PAGOH
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PEJABAT PENTADBIRAN
UTHM - KAMPUS CAWANGAN PAGOH
Pejabat Pentadbiran UTHM Kampus Cawangan Pagoh terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM 1, Jalan Panchor, 84600 Panchor, Johor. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran utama bagi kampus cawangan tersebut.
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah penjenamaan semula Amalan 5S yang diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada Januari 2014. EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan
persekitaran kerja yang kondusif. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia komited dalam mengamalkan budaya kerja produktif, inovatif dan kreatif serta persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.
Objektif pelaksanaan EKSA di Universiti adalah bertujuan untuk:
Meningkatkan imej korporat;
Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak yang berkepentingan;
Menyemarakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau;
Memperluas pelaksanaan di PTj bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian PTj.