SINOPSIS KURSUS
Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penggunaan falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama Iain.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan isu semasa berlandaskan ilmu falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. (LOD13, C3)
Menerangkan isu semasa berdasarkan aliran pemikiran utama dalam pelbagai aliran falsafah. (LOD8, A3)
Menghuraikan isu semasa melalui perspektif perbandingan falsafah sebagai asas bagi menjalinkan dialog antara budaya. (LOD13, A3)
NOTA POWER POINT
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah perkembangan ilmu falsafah.
Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara sebagai wahana penyediaan rakyat Malaysia mendepani cabaran global abad ke-21.
Menganalisis hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dalam Wawasan Falsafah Sejahtera.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan perkembangan disiplin ilmu falsafah serta pembahagian ilmu falsafah.
Menghuraikan cabang-cabang utama falsafah teoritikal dan falsafah praktikal.
Menganalisis perkembangan dan kemunculan terbaru dalam dunia falsafah seperti falsafah teknologi, falsafah organisasi dan falsafah ekologi.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan peranan, kedudukan dan hubungan ilmu logik dengan ilmu falsafah serta pelbagai kesalahan dalam berfikir dan penghujahan atau falasi.
Menghuraikan perkembangan, kegunaan dan perbezaan dua pendekatan utama dalam logik.
Menganalisis metodologi penghasilan dan penjanaan ilmu-ilmu baru.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan kefahaman utama tentang asal-usul insan dan konsep-konsep yang mencirikan keinsanan.
Menjelaskan hakikat dan sifat insan secara lebih menyeluruh berbanding dengan dualisme dan pemisahan minda-raga dan roh-jasad.
Menghuraikan konsep Insan Sejahtera melalui Perlembagaan Insan JERIS.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan hubungan antara insan dengan alam dalam konteks faham kosmologi silam dan ekologi semasa.
Menjelaskan kepercayaan dan hubungan antara insan dengan tuhan berdasarkan konteks teologi/ kepercayaan/ akidah kerohanian.
Menghuraikan pembentukan dan perkembangan sistem-sistem metafizik.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan perkembangan revolusi sains serta kesan-kesan epistemologi yang tercetus darinya.
Menjelaskan pelbagai kaedah epistemologi seperti rasionalisme, empirisisme, wahyu dan tradisi, intuisi dan ilham, ilmu hudhuri, kearifan tempatan dan hikmah.
Menghuraikan teori-teori tentang kebenaran iaitu Teori Koresponden, Teori Koheren dan Teori Pragmatik.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan cabaran ideologi Relativisme Pascamoden sebagai reaksi dari kegagalan modeniti.
Menjelaskan perkembangan fenomena dan manifestasi Relativisme Pascamoden.
Menghuraikan implikasi Relativisme Pascamoden dalam menafikan kebenaran dan hakikat dalam kehidupan semasa.
Menganalisis jawapan-jawapan agama dan tradisi terhadap cabaran ideologi Relativisme Pascamoden dalam kehidupan semasa.
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan fenomena kemusnahan alam.
Menjelaskan keperluan dekolonisasi dengan menyahkan insan antroposentrisme pemusnah alam cetusan Falsafah Dualisme Cartesian.
Menghuraikan dekolonisasi melalui pendekatan Insan Bersepadu/ Sejahtera/ Ekologikal Semakin Berisi Semakin Tunduk/ Sintesis Ilmu dan Amal/ Insan Berilmu Bersepadu.
AKTIVITI
Dengar, hayati dan fahami video Konsep Insan Dalam Perspektif Falsafah
Jom jawab kuiz di link Quizizz atau buka https://quizizz.com/join dan masukkan kod 5849 6623
PENILAIAN
RUJUKAN
1. Noor Hisham Md Nawi. (2020). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Kota Bharu: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.
2. Dzulkifli Abdul Razak & Rosnani Hashim. (2019). Pentafsiran Baharu: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaan Pasca 2020. Kuala Lumpur: IIUM Press.
3. Osman Bakar. (2019). Classification of Knowledge in Islam: A Study in Islamic Schools of Epistemology. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust (IBT).
4. Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Edisi Ketiga. Bangi: Penerbit UKM.
5. Rosnani Hashim. (2017). Revitalization of Philosophy and Philosophical Inquiry in Muslim Education. Kuala Lumpur: Kulliyyah of Education, IIUM.
6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Keempat). Putrajaya: KPM.
7. Che Zarrina Sa’ari & Mohd Manawi Mohd Akib. (2017). Beberapa Persoalan Berkaitan Konsep Insan Menurut Fakhr al-Din al-Razi. Jurnal Afkar, 19 (Special Issue): 87-114.