SUMBANGAN ENDOWMEN KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN : LAYAK INSENTIF CUKAI SEKSYEN 44(11D)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah mewujudkan Tabung Sumbangan Tunai Endowmen Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi bagi tujuan kelestarian dana penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Setiap sumbangan tunai yang diterima akan dikekalkan nilai asalnya dan hanya faedah atau manfaat sahaja yang boleh digunakan bagi tujuan dan manfaat kecemerlangan penyelidikan. Sumbangan boleh dibuat melalui dua (2) kaedah berikut:
Potongan Gaji (Bulanan)
Sumbangan secara One-Off
MESY. LPU KALI KE-148 BIL. 4/2023
INSENTIF TUNTUTAN YURAN PENERBITAN SCOPUS/WOS, BACAAN PRUF DAN TERJEMAHAN
Kemudahan ini diberikan kepada kakitangan akademik berstatus tetap dan kontrak yang memenuhi syarat ditetapkan. Jumlah siling peruntukan adalah sehingga RM 7,500. Tuntutan boleh dibuat bagi artikel yang telah berstatus diterbitkan dan peruntukan yang layak dipohon antaranya adalah :
Yuran Penerbitan (Maksima RM 7,500 tertakluk T&S)
Kos Bacaan Pruf, Suntingan dan Terjemahan (maksima RM 1,000)
Nota: Tertakluk kepada perubahan dan kecukupan dana tahun semasa
LPU BIL 2/2023 | 20 OKTOBER 2023
INSENTIF TUNTUTAN YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL
Kemudahan tuntutan secara bayaran balik kepada kakitangan akademik yang layak bagi mengembangkan lagi kemahiran serta profesionnya termasuk menyumbang mata Audit MyRA. Terdapat dua jenis tuntutan iaitu:
Tuntutan Yuran Pendaftaran - Satu Kali dalam tempoh perkhidmatan
Tuntutan Pembaharuan keahlian - Satu Kali setahun.
Nota: Kedua-dua tuntutan di atas adalah terhad kepada RM 300/ staf setahun
JKPU bil. 05/2019, JKTK Kali ke 80 Bil. 3/2019
KEMUDAHAN TUNTUTAN WANG DIDAHULUKAN MELIBATKAN PERUNTUKAN GERAN SEHINGGA RM5,000
Tuntutan Wang Didahulukan bermaksud penyelidik mendahulukan wang bagi membuat pembelian/ perolehan yang telah diluluskan dalam belanjawan penyelidikan tanpa perlu membuat permohonan pesanan belian dan kemudian membuat tuntutan ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) tertakluk kepada syarat dan had yang ditetapkan.
JKPU Bil. 13/2021 | 26 OGOS 2021
PEMANSUHAN PROSEDUR BAYARAN TUNAI MELIBATKAN BAYARAN HONORARIUM / UPAH PENYELIDIKAN
Berkuatkuasa 1 Jun 2024 - Semua bayaran kepada individu (enumerator / pakar rujuk / penilai instrumen / khidmat profesional individu) hendaklah dibuat secara PINDAHAN BANK ke akaun bank penerima. Bayaran tunai secara one-off (tidak berulang) kepada individu yang sama hanya diterima bagi mana-mana kes yang disertakan dengan justifikasi dan kelulusan adalah tertakluk kepada perakuan Pengarah RMIC.
MESY. PENGURUSAN RMIC BIL 1/2024