SETARA 2022

Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memperoleh keputusan “BERDAYA SAING” bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA). Keputusan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui laman sesawang https://myher.mohe.gov.my, pada 1 September 2023. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang Berdaya Saing merupakan institusi yang dinilai dan diklasifikasikan dalam kumpulan IPT yang cemerlang dan memenuhi kriteria-kriteria penilaian di bawah Penarafan IPT Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia telah melaksanakan penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Tahun 2022 yang merangkumi Sistem Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST). SETARA merupakan sistem penilaian bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi Universiti Awam dan juga Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bagi kategori Universiti dan Kolej Universiti.

Oleh: Nurul Ainie binti Abdullah (Pegawai U-Media PPA)
https://epena.com.my