SEMINAR KEBANGSAAN

MAJLIS DEKAN PENDIDIKAN UNIVERSITI AWAM 2022

"TRANSFORMASI PENDIDIKAN NASIONAL MELALUI PENDIGITALAN PEDAGOGI" 

10 - 11 DISEMBER 2022 

Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, UPSI (KSAJ)

Anjuran Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2022 dan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris 

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NASIONAL MELALUI PENDIGITALAN PEDAGOGI merupakan tema yang diangkat dalam Seminar Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam tahun 2022 ini sebagai rentetan daripada tujahan dunia pendidikan selepas terkesan dengan senario pandemik global COVID-19. 

Atas dasar keprihatinan terhadap matlamat pembangunan mampan dalam pendidikan nasional, seminar ini membuka lembaran perkongsian kepakaran dan pengalaman transformasi pendidikan serta idea inovasi terkini yang terbuka kepada semua pendidik di sektor akademik dan industri dengan 16 subtema sesi selari.

SUBTEMA SEMINAR (SESI SELARI)

Kongsikan kepakaran dan pengalaman anda di Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2022. Seminar ini terbuka kepada semua Kakitangan Akademik Universiti Awam dan Swasta, Kakitangan Pendidikan dari KPM dan Sekolah Swasta, Pelajar (Pasca Siswazah, Sarjana Muda), Agensi kerajaan dan swasta, dan semua yang berminat.