SILA BACA ARAHAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN BORANG
MAKLUMAN KEPADA PENGGERAI:
Pesta Konvokesyen ke 26 (PESKON) akan berlangsung pada 23 hingga 30 November 2024
Jumlah Graduan pada tahun ini ialah seramai (akan dikemaskini semula)
Untuk makluman juga, semasa PESKON sedang berlangsung, pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam tempoh Cuti Pertengahan Semester
Anggaran pengunjung PESKON kali ke 26 melibatkan pelajar diploma, graduan dan komuniti sekitar Tanjong Malim
ARAHAN PEMBELIAN BORANG SEWAAN TAPAK GERAI
Borang permohonan sewaan tapak gerai boleh dibeli mulai 9 September 2024 hingga 20 September 2024 secara dalam talian bermula jam 10:00 pagi
Bukti pembayaran borang tapak perlulah dikemukakan ke Jawatankuasa Gerai dan Jualan PESKON 26 melalui pengisian maklumat Borang Maklumat Pembeli atau emel ke peskonupsi@gmail.com.
Tarikh akhir penghantaran Borang Permohonan Sewaan Tapak Gerai adalah pada 20 September 2024 (Jumaat, jam 4.00 petang) di Pejabat Seksyen Pembangunan Sahsiah atau emel ke peskonupsi@gmail.com
Pembelian Borang adalah tidak terhad. Tarikh keputusan permohonan berjaya dijangka akan diumumkan pada 3 Oktober 2024 (Khamis) di Laman Web PESKON
Semua peniaga WAJIB membuat bayaran penuh pembelian tapak niaga selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2024 (Isnin).
Penggerai yang terpilih WAJIB menghadiri proses cabutan undi tapak gerai dan Sesi Taklimat Gerai dan Jualan yang akan dijalankan pada 18 Oktober 2024 (Jumaat) pada jam 3.00 Petang
Semua tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Pihak urus setia akan memaklumkan kepada peniaga sekiranya berlaku perubahan tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan.
Borang ini dijual dengan harga RM20.00 dan tidak dibenarkan untuk dibuat salinan.