Automasi Pejabat diperkenalkan di Pejabat Karang Mengarang dengan tujuan memudahkan urusan kerja serta lebih effisien. Aplikasi berbayar oleh pihak Universiti iaitu GOOGLE SUITE tidak digunakan oleh kakitangan dan hanya menggunakan e-mail sahaja. Ini merupakan satu kerugian besar dalam memaksimumkan penggunaan aplikasi berbayar tersebut. Sehubungan itu, pihak Pentadbiran Pejabat Karang Mengarang memulakan inisiatif mewujudkan panduan bagi Automasi Pejabat selaras dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang lebih mencabar agar tidak ketinggalan ke belakang.
Pernah lihat senarai tugas harian dalam muka surat belakang dalam Fail Meja anda?, Anda sibuk tetapi Bos anda cakap anda tiada kerja? Mahu buktikan tetapi susah untuk direkodkan?. Jom ubah persepsi ini dengan menggunakan GOOGLE KEEP untuk pantau tugas, tugas yang selesai, tindakan baharu, idea penambahbaikan... semua direkodkan di hujung jari anda ---> Panduan
Anda ada tugasan berkumpulan untuk siapkan dokumen? Sukar untuk pastikan dokumen mana yang dikemaskini? Tugasan terakhir mengumpul dan mengemaskini semua dokumen ahli kumpulan anda untuk dijadikan satu dokumen yang lengkap membuang masa? Jom gunakan GOOGLE DOCS... bekerja di dalam 1 fail yang sama tetapi anda dan kumpulan anda di lokasi berbeza. ---> Panduan