JK Pengurusan telah bersetuju dengan Garis Panduan Tuntutan Projek tahun Akhir dan telah disahkan dalam Mesyuarat Pengurusan Bil. 8.2024 pada 4 September 2024. Sukacita dilampirkan garis panduan tersebut untuk rujukan dan perhatian semua pensyarah yang terlibat.
1. Penyelia Projek Tahun Akhir mengumpul resit dan bukti tuntutan daripada pelajar tahun akhir.
* Hanya perbelanjaan yang berkaitan langsung dengan projek tahun akhir yang layak untuk tuntutan.
2. Penyelia Projek Tahun Akhir perlu mengisi borang tuntutan pelbagai di pautan https://eclaim.grpgov.com/upm/eclaim
3. Penyelia Projek Tahun Akhir perlu memuatnaik segala dokumen berkaitan (resit atau bukti, senarai pelajar) dalam satu permohonan mengikut program pengajian FSTM.
(a) Resit bayaran
(b) Senarai pelajar dengan jumlah tuntutan sebanyak RM200 seorang
(c) Surat Lantikan Penyelia Projek Tahun Akhir
4. Tuntutan perlu dibuat dengan memasukkan kod: S0111801DA dalam sistem tuntutan.
5. Pengesahan tuntutan Penyelia Projek Tahun Akhir dibuat oleh Ketua Jabatan manakala permohonan Ketua Jabatan akan disahkan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Hal-ehwal Pelajar.
Tarikh kemaskini: 3 Oktober 2024