Pergi ke soalan :
Pendaftaran kursus merupakan proses pendaftaran yang WAJIB dilakukan oleh semua pelajar. Pelajar semasa/lama : pra-pendaftaran pada minggu ke-12 hingga ke-14 pada semester semasa dan pada 1 minggu pertama semasa semester akan datang
Pelajar baharu pendaftaran di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) semasa sesi pengajian baharu bermula (minggu pertama – kedua) – Semester Pertama sahaja.
Proses pendaftaran kursus melibatkan pendaftaran kursus mengikut struktur kurikulum program pengajian yang telah ditetapkan/disusun mengikut kelas/kumpulan berdasarkan Kuota/Kapasiti yang telah DITETAPKAN oleh pihak fakulti.
Bagi pendaftaran Kursus Semester Pertama Sesi 2024/2025, Pendaftaran kursus hanya akan DIBUKA pada 14 Oktober 2024 – 27 Oktober 2024 (minggu pertama dan minggu kedua) semester dibuka
Pendaftaran Kursus dilakukan secara ATAS TALIAN (ONLINE) di SMP melalui capaian pautan smp.upm.edu.my
Sistem ini merupakan sistem utama universiti yang menyimpan semua maklumat berkaitan dengan pelajar UPM daripada mendaftar hingga bergraduasi. Sistem ini mengandungi semua maklumat pelajar, pendaftaran kursus, yuran dan lain-lain serta segala keputusan ujian dan peperiksaan.. Mohon untuk semua pelajar bertanggungjawab ke atas kerahsiaan mengakses sistem ini.
Untuk kali pertama penggunaan, sila log masuk menggunakan nombor matrik dan kad pengenalan sebagai kata laluan. Kemudian, ubah kata laluan yang baharu untuk log masuk yang seterusnya.
Pelajar perlu merujuk kepada Buku Panduan Program Pengajian Prasiswazah FSTM (Mengikut Sesi Kemasukan Pelajar) yang boleh dicapai di >> Kursus Umum UPM.
Untuk kali pertama penggunaan, sila log masuk menggunakan nombor matrik dan kad pengenalan sebagai kata laluan. Kemudian, ubah kata laluan yang baharu untuk log masuk yang seterusnya.
Tempoh pengajian bagi setiap program di Fakulti ini adalah selama 4 tahun (8 semester).
Pelajar tempatan yang mempunyai masalah kewangan boleh memohon penangguhan bayaran dengan menghantar emel kepada Seksyen Kewangan Bursar, di alamat emel, bursar.student_ug@upm.edu.my
Tatacara pembayaran yuran boleh dicapai melalui pautan >> Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian
atau ke:
Kaunter Khidmat Pelanggan,
Pejabat Bendahari III,
Lokasi : d/a Aras Bawah, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang Selangor Google Maps
Bagi kursus yang dikendalikan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), sila berurusan di kaunter Bahagian Akademik & HEP, FSTM. Untuk kursus yang dikendalikan oleh Fakulti lain, pelajar perlu berurusan dengan Fakulti yang berkaitan atau boleh mohon bantuan staf di Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP), FSTM (bergantung kepada sesetengah kursus itu).
Sila rujuk jadual kursus yang dipaparkan dalam SMP dan pilih kumpulan lain yang lebih sesuai atau terus ke kaunter Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP), FSTM untuk urusan penjadualan.
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran Kursus Kokurikulum berkredit boleh berhubung melalui emel di pkpp_kkb@upm.edu.my
Pelajar perlu rujuk Skema Pengajian Pakej ELEx yang terdapat di dalam Buku Panduan Program Pengajian Prasiswazah (mengikut sesi kemasukan masing-masing) yang diperolehi semasa pendaftaran di UPM.
Pelajar baharu tidak dibenarkan bertukar program sehingga menyelesaikan dua (2) semester pertama pengajian (1 tahun).
Pemindahan kredit perlu dimohon melalui SMP dan pelajar hendaklah memuatnaik dokumen sokongan berkaitan dalam tempoh 2 minggu pertama semester bermula. Sila rujuk Penasihat Akademik sebelum membuat permohonan pemindahan kredit.
Penasihat Akademik merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’ (pengajar-pelajar) bagi tujuan membantu dan menasihati pelajar sehingga pelajar mencapai kejayaan di dalam program pengajiannya. Dalam hal ini, PA merupakan sahabat, penasihat dan pembimbing yang bijak, berpengalaman dan diyakini oleh pelajar di bawah bimbingannya.
Salah satu fungsi PA adalah memberi nasihat, pandangan atau buah fikiran PA mengenai perkara akademik mahupun peribadi dan tunjuk ajar kepada pelajar secara positif, serta mewujudkan perasaan rasa dihargai di kalangan pelajar di samping membuka peluang untuk mereka mencapai matlamat masing-masing. Pelajar boleh berjumpa dengan PA (dengan temujanji) sepanjang pengajian pelajar di universiti ini.
Sila ke pautan https://akademik.upm.edu.my/current_student/academic_matter-8790?L=bm
Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & HEP) yang akan tentukan PA pelajar masing-masing mengikut program.
Tidak boleh. Jika ya, pelajar perlu beri justifikasi untuk pertukaran PA melalui surat permohonan ke TDAHEP.
Supervisor pelajar adalah pensyarah yang akan membantu pelajar semasa Projek Tahun Akhir pelajar.
Ya. Sila rujuk semula no.17-18 dan no 21.
PutraBLAST adalah pelajar boleh mencapai bahan, aktiviti dan pentaksiran secara atas talian dengan pelaksanaan mod pembelajaran teradun melalui platform PutraBLAST Penaksiran atas talian dilaksanakan dengan penggunaan fungsian kuiz, forum, tugasan atau kandungan interaktif. Pelajar adalah digalakkan untuk menghasilkan kandungan secara atas talian selain daripada laporan. Kehadiran atas talian dikira berdasarkan kepelbagaian medium pengajaran contohnya bukti penyertaan pelajar dan penggunaan fungsian kehadiran atas talian.
Sistem ini di bangunkan untuk memudahkan pelajar mengemaskini maklumat pelajar (bahagian pelajar prasiswazah) untuk kegunaan pihak Fakulti di kala kecemasan. Sentiasa kemaskini maklumat didalam Foodclick untuk memudahkan urusan pihak Fakulti seterusnya. Klik disini http://www.foodclicks.upm.edu.my
Untuk kali pertama penggunaan, sila log masuk menggunakan nombor matrik dan kad pengenalan sebagai kata laluan. Kemudian, ubah kata laluan yang baharu log masuk yang seterusnya.
FOSTECH adalah Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan merupakan sebuah organisasi di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila klik link >> FOSTECH
Pelajar boleh rujuk link >> Senarai Kemudahan/Perkhidmatan
Hadiah Fakulti adalah acara yang diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pelajar serta graduan kepada Fakulti. Maklumat berkenaan Hadiah Fakulti, pelajar boleh rujuk >> Maklumat Hadiah Fakulti
Hadiah Fakulti adalah acara yang diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pelajar serta graduan kepada Fakulti. Maklumat berkenaan Hadiah Fakulti, pelajar boleh rujuk >> Maklumat Pencalonan Hadiah Fakulti
dan
Sekiranya pelajar berminat dan memenuhi kriteria yang diperlukan, boleh dapatkan Borang Hadiah Fakulti >>Borang Hadiah Fakulti
Klik di sini untuk maklumat lanjut >>Kelas Gantian