Bakal pelajar yang gagal mendapat tempat di FSTM atau aggal UPU boleh membuat rayuan mengikut langkah yang berikut :
Hantar surat permohonan/rayuan ke Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan melalui emel dean.food@upm.edu.my
Kepilkan bersama dokumen akademik yang telah dimuatnaik ke sistem UPU.
Kepilkan bersama keputusan UPU yang menyatakan pelajar gagal mendapat tempat di mana-mana universiti.
Pihak fakulti akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kelayakan akademik dan kekosongan program yang ditawarkan di FSTM.
Tarikh kemaskini:4 Oktober 2024