(a) Pensyarah Pemantau Latihan Industri (PPLI) akan dilantik oleh Pejabat TDAHEP FSTM secara rawak.
(b) Pensyarah Pemantau Latihan Industri (PPLI) diminta agar membuat penilaian latihan industri secara atas talian bagi syarikat-syarikat yang berada di luar 45km radius dari UPM. Walau bagaimanapun, PPLI yang ingin melakukan lawatan secara fizikal adalah dibenarkan dengan syarat kos ditanggung sendiri oleh PPLI.
(c) Lawatan Pemantauan Latihan Industri bagi program BSTM, BSPMK & BSPPM di luar kawasan Lembah Klang dilaksanakan secara atas talian (Zoom,Google Meet) KECUALI industri bagi program BSOPM (iaitu 1/3 daripada lawatan pemantauan boleh dilakukan secara fizikal).
(c) PPLI yang memantau disekitar Lembah Klang diminta untuk merancang perjalanan dan membuat tempahan kenderaan fakulti.
(d) PPLI bagi program BSOPM SAHAJA dibenarkan membuat tuntutan perbatuan, hotel (satu hotel sahaja), elaun makan dan tol bagi setiap lokasi pemantauan di luar Kawasan Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
(e) PPLI bagi program BSOPM diminta hanya membuat tuntutan perbatuan hanya bagi satu kenderaan sahaja sekiranya pensyarah membuat lawatan pemantauan bersama-sama. Ini hanya tertakluk kepada lawatan di luar kawasan Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
**Langkah ini terpaksa diambil sebagai inisiatif kawalan perbelanjaan oleh pihak fakulti.
Tarikh kemaskini: 3 Oktober 2024