Keterangan Tentang Penggunaan Gred
A Amat Cemerlang
A- Sangat Baik
B+ Sangat baik
B Baik
B- Baik
C+ Memuaskan
C Memuaskan
C- Lemah
D+ Lemah
D Sangat Lemah
F Gagal
TL Tidak lengkap *(Latihan Industri). Simbol ini menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan sesuatu kursus yang berbentuk praktikal seperti latihan industri atau latihan mengajar. Pelajar hendaklah diberi tempoh hingga akhir minggu kedua pada semester berikutnya untuk melengkapkan kursus itu untuk mendapat penilaian penuh dan gred.
AU Audit. Simbol ini menunjukkan bahawa pelajar mendaftar, menghadiri dan mengambil peperiksaan bagi kursus itu.
M Memuaskan *(Latihan Industri). Simbol ini menunjukkan bahawa kursus yang diambil oleh pelajar itu tidak digredkan tetapi pelajar diberikan catatan lulus.
TM Tidak memuaskan *(Latihan Industri). Simbol ini menunjukkan bahawa kursus yang diambil oleh pelajar itu tidak digredkan, termasuk kursus audit, tetapi pelajar diberikan catatan gagal.
TD Tarik diri. Simbol ini menunjukkan bahawa pelajar menarik diri daripada kursus pengajian dengan kebenaran dan kelulusan Dekan Fakulti yang menawarkan kursus pengajian itu selepas minggu ketiga tetapi sebelum minggu ketujuh sesuatu semester. Penarikan diri dalam tiga minggu pertama sesuatu semester boleh dibenarkan dengan persetujuan Penasihat Akademik pelajar tanpa direkodkan apa-apa simbol abjad atau gred.
S Sambung *(Projek Tahun Akhir) . Simbol ini menunjukkan bahawa sesuatu kerja kursus atau projek perlu disiapkan melebihi satu semester. Kerja kursus atau projek yang diberikan simbol 'S' tidak diberi mata nilaian tetapi jam kredit baginya hanya dikira untuk penentuan jam kredit minimum bagi sesuatu semester dan bukan untuk memenuhi keperluan bergraduat. Jamkredit dan mata nilaian bagi kerja kursus atau projek tersebut hanya diambil kira bagi maksud pengiraan jumlah jam kredit untuk bergraduat dan purata mata nilaian apabila simbol 'S' digantikan dengan gred abjad.
(a) Contoh situasi 'Pelajar tidak menghantar cadangan Projek Tahun Akhir':
TL bermaksud (tidak lengkap kursus) dan ianya diberikan hanya untuk subjek latihan industri sementara menunggu markah sebenar kerana tempoh latihan industri adalah sehingga 2 minggu selepas semester baru dibuka.
Sekiranya pelajar tidak menghantar proposal dan adakah pelajar ini gagal subjek berkenaan dan semester depan perlu mengulang projek A semula? Jika ya, pensyarah perlu meletakkan TM iaitu (tidak memuaskan) dan pelajar perlu mengulang projek A pada semester depan.
Jika pensyarah merasakan markah projek A ini melayakkan pelajar mendaftar projek B pada semester depan, pensyarah perlu meletakkan gred S (sambung) iaitu pelajar layak untuk menyambung dan mendaftar projek B pada semester depan.
Tarikh kemaskini: 8 Oktober 2024