TANGGUNGJAWAB PENSYARAH
(a) Mengenalpasti pelajar yang tidak hadir kuliah/amali seawal semester bermula sehingga peperiksaan akhir.
(b) Berikan peringatan kepada pelajar setelah tidak menghadiri 3 kali kuliah/amali : Surat, emel, pesanan whatsapps (dijadikan bukti).
(c) Mengisi Borang Kemajuan Prestasi Pelajar dan dihantar ke Pejabat TDAHEP fakulti untuk rekod.
(d) Sekiranya pelajar tidak memenuhi kehadiran kuliah/amali sebanyak 80%:
Pensyarah menyerahkan surat halangan menduduki peperiksaan akhir kepada pelajar melalui Ketua Jabatan.
Meminta pelajar (bukan program fakulti) membuat surat permohonan rayuan menduduki peperiksaan akhir kepada Dekan Fakulti (fakulti yang menawarkan kursus) melalui Timbalan Dekan HEP fakulti bersama justifikasi ketidakhadiran yang munasabah.
Pihak fakulti hanya akan mempertimbangkan masalah-masalah seperi berikut sahaja:
i. Masalah kesihatan (dengan surat pengesahan Pegawai Kesihatan daripada Hospital Kerajaan; Pusat Kesihatan Universiti; HSASS)
ii. Masalah kewangan (minta pelajar merujuk Pejabat Bursar UPM)
iii. Perkara yang tidak dapat dielakkan (cth : mendapat panggilan Haji ) dan perkara yang tidak disebabkan sikap pelajar sendiri.
Tarikh kemaskini: 8 Oktober 2024