Selamat Datang Ke Laman Web Kampus Pintar UPM
Peranan dan Tanggungjawab
Merancang dan menganalisis pendigitalan kampus pintar selaras dengan keperluan Penetapan Pelan Strategik UPM 2021-2025 – Matlamat 5: Mempertingkat Kualiti Tadbir Urus dalam merancang hala tuju dan strategik pendigitalan kampus pintar universiti.
Memformulasikan pendigitalan kampus sejajar dengan Tadbir Urus Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 yang memacu dan memantau inisiatif pendigitalan yang lebih holistik dan berkesan.
Menyediakan dan melaksanakan garis panduan pendigitalan kampus pintar universiti melalui Smart Campus Initiative Mapping.
Merangka dan menambah nilai pelaksanaan pendigitalan kampus pintar sejajar dengan matlamat utama Sustainable Development Goals (SDG) 2030 dengan mengambil kira kapasiti dan keupayaan universiti dalam mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan.
Mengurus dan melaksanakan pelaksanaan pendigitilan kampus pintar Pusat Tanggung Jawab (PTJ).
Memberi khidmat nasihat dan perundingan ICT pendigitalan kampus pintar kepada universiti dan pihak luar seperti unversiti awam (UA) serta agensi kerajaan yang lain.