UPMKB SMARTCLASSROOM

PUTRA®SMART CLASSROOM (PSC)  merupakan salah satu inisiatif dalam Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan yang akan diwujudkan di setiap makmal komputer di UPMKB.  Ruang kemudahan kepada pensyarah dan pelajar ini membolehkan pelaksanaan PdP secara inovatif untuk kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (perbincangan berkumpulan dan brainstorming) yang berkonsepkan di mana-mana, pada bila-bila masa serta menggunakan apa-apa jenis peranti mobile (Any Where, Any Time & Any Device) atau secara pendekatan hybrid. Setiap kumpulan perbincangan dilengkapi dengan peralatan pintar untuk pencarian maklumat yang boleh dikongsi dan untuk paparan hasil aktiviti disamping kemudahan teknologi Video Conferencing.


Bahagian Kampus Pintar dan Pendigitalan,

Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), UPM

Dengan Kerjasama

Bahagian Teknologi Maklumat, UPMKB