Putra® Presence

Montaj Pelancaran Aplikasi Smart Putra®Presence, Sempena Majlis Penyerahan Peranti Siswa

Universiti Putra Malaysia

-

27 Oktober 2022 (Khamis) | 10 pagi

Dewan Besar PKKSSAAS, UPM

-

YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Parlimen & Undang-Undang)


4,187 Pelajar UPM B40 Terima Peranti Siswa

SERDANG, 27 Oktober - Seramai 4,187 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada majlis Penyerahan PerantiSiwa UPM hari ini bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian serta menjayakan agenda pendigitilan pendidikan.

Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, UPM telah melakukan beberapa Inisiatif lain bagi memastikan kebajikan pelajar UPM sentiasa terjamin sepanjang pengajian di universiti.

"Bantuan Sara Diri, Perubatan, Khairat Kematian dan Tabung Perlindungan Pelajar UPM antara menjadi asas kebajikan yang diutamakan di UPM.

"Food Bank Siswa dan Putra Voucher ialah salah satu inisiatif bantuan daripada UPM bagi memastikan pelajar UPM mendapat makanan yang cukup," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi  Tuanku Jaafar berkata bahawa PerantiSiswa menjadi salah satu inisiatif yang perlu diberikan keutamaan kepada mahasiswa di Malaysia hari ini.

"Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara," katanya.

Tambahan beliau,  kerajaan telah menimbulkan beberapa insentif untuk menjaga kepentingan mahasiswa antaranya Inisiatif Food Bank Siswa dan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM).