Nama Tempatan: Putat
Nama Botani: Barringtonia Asiatica
Famili: Lecythidaceae
Ciri - Ciri & Habitat:
erupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh ditebing sungai dan pantai ditepi laut.
Berfungsi sebagai tumbuhan penahan hakisan tanah.
Mampu tumbuh segar sehingga 20-25 meter dengan dahan yang meribun dan menegak.
Daunnya berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal dimana tepi daunnya bergerigi kecil dan berwarna merah keunguan semasa muda manakala akan bertukar hijau apabila matang.
Buahnya mempunyai pelbagai rupa bentuk seperti bulat, bulat bujur atau boleh dijumpai berbentuk bersegi lapan.
Ukuran buahnya dalam lingkungan 6-8 cm panjang dan 3-5 cm lebar serta mengandungi biji benih berbentuk leper.
Khasiat Ubatan:
Dalam perubatan tradisional, daun muda Barrington Asiatica, pucuknya dijadikan ulam-ulaman dan baik untuk penjagaan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita.
Akar Putat yang direbus dapat mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah.
Air rebusan dari Akar Putat dapat menyejukkan badan kerana mengandungi saponin.
Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung.
Caranya ialah dengan mengopek kulit batangnya dan dijemur sehingga kering kemudian dibakar dan disedut asapnya melalui hidung sehingga keluar lendiran.