Nama Tempatan: Akasia
Nama Botani: Acacia Mangium/Acacia Auriculiformis
Famili: Fabaceae
Ciri - Ciri & Habitat:Â
Mempunyai daun besar yang panjangnya mencapai 25 cm dan lebar antara 3-10 cm.
Daun berwarna hijau gelap dan terdapat empat jalur longitudinal.
Daunnya berbentuk majemuk pada peringkat muda atau benih tanaman.
Bunganya secara tunggal ataupun berpasangan pada sudut daun pucuk.
Bunga ini juga menghasilkan nektar yang menjadi tarikan kepada kumpulan lebah.
Tumbuhan ini mampu hidup di kawasan tanah yang berasidik sekitar pH6.5 di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari.
Khasiat Ubatan:
Madu Acacia Mangium memiliki pelbagai jenis khasiat seperti menambahkan stamina, sumber tenaga dan meningkatkan metabolisme tubuh serta mengandungi agen antioksidan yang tinggi yang mampu melancarkan peredaran darah dalam badan.
Disamping itu, madu dari tumbuhan ini juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan.