SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (ELEKTRONIK DAN INSTRUMENTASI) DENGAN KEPUJIAN
BACHELOR OF APPLIED SCIENCE (ELECTRONICS AND INSTRUMENTATION) WITH HONOURS
JANGAN LUPA PILIH KAMI DI UPU ONLINE: SMSG(EDI) - UG6545001, SMTE(ETK) - UG6522001
SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (ELEKTRONIK DAN INSTRUMENTASI) DENGAN KEPUJIAN
BACHELOR OF APPLIED SCIENCE (ELECTRONICS AND INSTRUMENTATION) WITH HONOURS
Bidang elektronik termaju kini semakin penting dalam perniagaan, komunikasi, dan pendidikan. Permintaan tinggi terhadap pakar elektronik dan instrumentasi merangkumi hampir semua industri yang menggunakan peralatan elektronik dan automasi. Program ini menawarkan pendedahan khusus, membekalkan lulusan dengan asas fizik dan elektronik yang kukuh. Gabungan ini, dalam konteks instrumentasi, membolehkan lulusan mencipta, mengubah suai, dan membaiki komponen automasi industri dan robotik bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.
(The most advanced electronic fields play an increasingly growing role in business, communication, and education. Workers with expertise in electronics and instrumentation are in demand in nearly every industry that uses electronic equipment and automation. Therefore, this program provides specialized exposure to these fields. Graduates of this program will have a strong and solid understanding of basic physics and electronics. These two elements, combined into instrumentation, will enable graduates to use these concepts to create, modify, or repair components used in industrial automation and robotics systems in line with current needs in the era of Industry Revolution 4.0.)
Program ini telah diakreditasi oleh (This program has been accredited by):
Menggabungkan teori & ‘hands-on’ dengan kepakaran yang berkaitan dalam bidang elektronik & instrumentasi yang relevan dengan kehendak industri.
Mempunyai fasiliti makmal yang menyokong kurikulum program latihan amali dan pembelajaran.
Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang elektronik & instrumentasi
Peluang kerjaya luas dan terus berkembang dalam dan luar negara seiring peningkatan penggunaan automasi pintar, IoT, sistem berasaskan data, dan teknologi lestari.
SYARAT KHAS PROGRAM
Lepasan STPM (Sains): Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut: Matematik (T)/ Fizik/ Kimia/ Biologi.
Lepasan STPM (Sastera): Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mana-mana satu mata pelajaran, Matematik (M)/ Perakaunan/Ekonomi/ Pengajian Perniagaan/ Seni Visual/ Sains Sukan/ Teknologi Informasi dan Komunikasi/ Geografi.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu mata pelajaran: Fizik/ Kimia/ Biologi/Sains/ Sains Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik /Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Reka Cipta/ Sains Komputer.
Lepasan STAM: Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut pada peringkat SPM: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Matematik Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Reka Cipta/ Sains Komputer.
Lepasan Matrikulasi/ Asasi (Sains/ Kejuruteraan): Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut di peringkat Matrikulasi/ Asasi: Matematik/ Fizik/ Asas Kejuruteraan/ Kimia/ Biologi/ Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal/ Sains Komputer.
Lepasan Matrikulasi/ Asasi (Perakaunan): Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Matrikulasi/ Asasi dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: Perakaunan/ Ekonomi/ Pengurusan Perniagaan/ Financial Accounting/ Management Accounting/ Business and Technology.
DAN
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat SPM bagi matapelajaran Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) dari mata pelajaran berikut pada peringkat SPM: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Matematik Tambahan/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kujuruteraan Makanikal/ Reka Cipta/ Sains Komputer.
Lepasan Diploma/Setaraf: Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
ATAU
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh Senat Universiti.
Lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM):Memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
Lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM): Memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00.
Lulus penilaian APEL yang disahkan oleh MQA dalam bidang berkaitan untuk kelayakan kemasukan ke program peringkat Sarjana Muda (Tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia).
*calon mestilah memenuhi syarat kelayakan kemasukan APEL yang disahkan oleh MQA sebelum memohon program pengajian yang berkaitan.
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 untuk keputusan yang diperolehi mulai sesi 1 Tahun 2021 atau Band 3 untuk keputusan Tahun 2020 dan sebelum dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.
TERAS UNIVERSITI (UNIVERSITY CORE):
Ko-kurikulum
Falsafah dan Isu Semasa
Asas Keusahawanan
Santuni Komuniti
Seni Komunikasi
Penghayatan Etika dan Peradaban
Integriti dan Antirasuah
Academic Writing Skills
English for Occupational Purpose
TERAS PROGRAM (PROGRAMME CORE):
Pengaturcaraan Asas untuk Teknologis (Basic Programming for Technologists)
Matematik Kejuruteraan I (Engineering Mathematics I)
Elektronik Digital (Digital Electronics)
Elektrik dan Magnetisme (Electricity and Magnetism)
Matematik Kejuruteraan II (Engineering Mathematics II)
Teori Litar (Circuit Theory)
Sensor dan Transduser (Sensors and Transducers)
Peranti Elektronik (Electronic Devices)
Teknik Pengkomputeran (Computational Techniques)
Sistem Instrumentasi Moden (Modern Instrumentation System)
Elektronik Analog (Analogue Electronics)
Sistem Pengukuran (Measurement System)
Elektronik Kuasa (Power Electronics)
Elektromagnetisme (Electromagnetism)
Sistem Terbenam (Embedded System)
Sistem Kawalan (Control System)
Kaedah Berangka (Numerical Method)
Projek Penyelidikan Tahun Akhir I (Final Year Research Project I)
Projek Penyelidikan Tahun Akhir II (Final Year Research Project II)
Latihan Industri (Industrial Training)
ELEKTIF (ELECTIVE)
Reka Bentuk Peralatan Elektronik (Designs of Electronic Equipments)
Fizik Terma dan Moden (Thermal and Modern Physics)
Mekanik dan Gelombang (Mechanics and Waves)
Sains Bahan (Material Sciences)
Seminar dan Penyelidikan (Seminar and Research)
Elektronik dan Pengimejan Perubatan (Electronics and Medical Imaging)
Elektronik Analog Lanjutan (Advance Analogue Electronics)
Internet Benda (IoT) (Internet of Things)
Teknologi Optik dan Laser (Optics and Laser Technology)
Antaramuka dan Kawalan Komputer (Computer Interfacing and Control)
Prinsip Sistem Komunikasi (Principle of Communication System)
Mesin Elektrik (Electrical Machines)
Komunikasi Tanpa Wayar (Wireless Communication)
Pengenalan kepada Persekitaran SIMULINK (Introduction to SIMULINK Environment)
Elektronik Plasma (Plasma Electronics)
Fizik Keadaan Pepejal (Solid State Physics)
Mekanik Kuantum (Quantum Mechanics)
Akustik Fizikal (Physical Acoustics)
Fizik Atom (Atomic Physics)
Peranti Semikonduktor (Semiconductor Device)
Teknologi Pemprosesan Bahan (Material Processing Technology)
Fizik dan Teknologi Filem Nipis (Physics and Thin Film Technology)
Pemindahan Kuasa Tanpa Wayar (Wireless Power Transfer)
Teknologi Voltan Tinggi (High Voltage Technology)
Pemantauan Keadaan (Condition Monitoring)
Pengenalan kepada Analisis Bahan (Introduction to Material Analysis)
Pengenalan kepada Tenaga Boleh Diperbaharui (Introduction to Renewable Energy)
Pengenalan kepada Penyimpanan Tenaga (Introduction to Energy Storage)
Instrumentasi Perubatan (Medical Instrumentation)
Pengenalan kepada Kenderaan Hibrid dan Elektrik (Introduction to Hybrid and Electrical Vehicles)
Pengenalan kepada Lukisan Berbantu Komputer (Introduction to Computer Aided Drawing)
Kelestarian dalam Teknologi Telekomunikasi (Sustainability in Telecommunication Technology)
Teknologi Bateri dan Superkapasitor (Batteries and Supercapacitors Technology)
Teknologi Berasaskan dan Penyimpanan Hidrogen (Hydrogen Technology-Based and Storage)