Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
Pelajar sekolah menengah bersama keluarga mereka.
Siapakah yang boleh menyertai pertandingan ini?
Pelajar sekolah menengah bersama keluarga mereka.
Adakah pertandingan ini boleh diambil kira untuk markah PAJSK ?
Kami tidak membuat sebarang permohonan untuk menjadikan pertandingan ini sebagai aktiviti PAJSK. Oleh itu budi bicara pihak sekolah diperlukan jika guru ingin menjadikan pertandingan ini sebagai aktiviti PAJSK. Kami akan menambahbaik pertandingan ini supaya boleh dikira untuk PAJSK di masa hadapan.
Berapakah yuran penyertaan?
Tiada yuran penyertaan. Penyertaan adalah percuma.
Adakah pertandingan ini peringkat kebangsaan ?
Ya, pertandingan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga bersekolah menengah
Jika saya tidak menang, adakah saya akan mendapat sijil pernyetaan ?
Ya, e-sijil akan diberikan kepada semua ketua kumpulan yang menghantar video yang menepati syarat pertandingan.
Saya masih tidak faham apa yang perlu saya lakukan untuk pertandingan ini. Boleh tolong jelaskan?
Syarat dan cara penyertaan boleh dilihat di sini:
https://sites.google.com/umt.edu.my/projekmatematikftkki/home/penyertaan
Tapi, jika masih tidak jelas, anda boleh bertanya di group Telegram kami
https://t.me/bimatUMTcontest
Kami juga akan mmbuat satu taklimat secara online untuk memberikan penjelasan lanjut mengenai contoh-contoh tajuk projek dan rubrik pemarkahan. Taklimat akan dibuat pada pukul 10AM 17/7/2021.
Saya masih bersekolah rendah. Boleh saya sertai pertandingan ini?
Terima kasih atas minat adik untuk turut serta. Adik boleh sertai pertandingan ini dengan mengajak kakak atau abang adik yang bersekolah menengah untuk menjadi ketua kumpulan.
Saya masih bersekolah rendah dan tidak mempunyai ahli keluarga lain yang bersekolah menengah. Boleh saya sertai pertandingan ini?
Terima kasih atas minat adik untuk turut serta. Maaf, adik tidak boleh sertai pertandingan kali ini. Namun, adik masih boleh menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti cuti sekolah bersama keluarga.
Saya ingin upload video saya di youtube. Apakah "Title" dan "Description" yang patut saya letakkan?
Letakkan "Title" yang sesuai dengan aplikasi dan teori matematik yang digunakan, contohnya "Penggunaan Konsep Pecahan untuk Membeli Bahan Bagi Pelbagai Masakan". Manakala "Description" yang dicadangkan pula ialah:
"Video ini dibuat untuk Pertandingan Projek Matematik Di Rumah anjuran FTKKI, UMT.
#projekMathFTKKI
#bimatUMT
Teori matematik yang digunakan adalah.... (penerangan ringkas berkenaan projek)"
Apakah hadiah yang akan diterima oleh pemenang?
Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut:
TEMPAT PERTAMA (HADIAH BERNILAI RM500)
Barangan Keperluan PDPR bernilai RM 300 dan Wang Tunai RM200
Sijil Pemenang
TEMPAT KEDUA (HADIAH BERNILAI rm300)
Barangan Keperluan PDPR bernilai RM 200
Wang Tunai RM100
Sijil Pemenang
TEMPAT KETIGA (HADIAH BERNILAI RM 200)
Barangan Keperluan PDPR bernilai RM 150
Wang Tunai RM50
Sijil Pemenang
5 HADIAH SAGUHATI
1 HADIAH ISTIMEWA UNTUK "VIDEO PILIHAN"
Maklumat terkini berkenaan hadiah boleh dilihat di: https://sites.google.com/umt.edu.my/projekmatematikftkki/home/pemenang