Fungsi-Fungsi Bahagian Institusi Kefeloan
Menguruskan hal ehwal kemudahan dan kebajikan pelajar di kolej kediaman.
Mengawasi disiplin pelajar melalui penguatkuasaan peraturan kolej kediaman.
Memantau aktiviti-aktiviti pelajar di kolej kediaman.
Membangunkan dan mempertingkatkan felo dan pelajar yang berketerampilan dalam kemahiran interpersonal, intrapersonal melalui program dan aktiviti yang terancang.
Memberikan pengalaman dan kemahiran bersosial kepada penghuni kolej kediaman.
Membina mahasiswa yang berdisiplin melalui kesedaran dan penguatkuasaan peraturan kolej kediaman. 7. Menerapkan nilai-nilai teras universiti dalam kehidupan di kolej kediaman.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Memberikan khidmat nasihat kepada Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman (PEKA) dalam penganjuran aktiviti-aktiviti di kolej yang berkaitan akademik, sosial dan kebajikan.
Memberikan khidmat nasihat kepada pelajar yang bermasalah sama ada masalah yang berkaitan dengan disiplin ataupun akademik.
Menghantar dan menemani pelajar yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit atau cedera selepas waktu pejabat ke Pusat Kesihatan Universiti Malaysia Pahang bagi mendapatkan rawatan.
Menerima aduan pelajar berkaitan dengan keselamatan dan kesejahteraan di kolej kediaman.
VIDEO AKTIVITI RESIDEN PELAJAR 5