SESI AUDIT EKSA PERINGKAT UNIVERSITI DI PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
BAGI TAHUN 2025
11 September 2025 – Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) telah menerima lawatan audit daripada Juru Audit EKSA Induk sempena sesi audit peringkat universiti. Pasukan audit terdiri daripada Puan Rosnani binti Ismail, Puan Nurul Nadia binti Muhamad dari Pusat Bahasa Moden dan Cik Nur Umirah Binti Abu Kasim, Pusat Pengurusan Startegik & Kualiti.
Penerangan ringkas berkenaan pelaksanaan EKSA di PPPH telah disampaikan oleh Puan Rozianawati binti Mohd Isa, Timbalan Pengerusi EKSA PPPH mewakili Penyelaras EKSA PPPH. Sesi audit juga telah disertai oleh JK EKSA PPPH iaitu Puan Wan Norhidayu binti Wan Yusof, Puan Fasihah binti Abdullah Thani, Encik Aideelnorfahmee bin Mohamad serta beberapa JK EKSA lain.
Sesi audit telah dijalankan di kedua-dua pejabat PPPH, Blok A dan Blok B, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
PERTANDINGAN AMALAN EKSA PERINGKAT JABATAN (PPPH)
Pekan, 9 September 2025- Penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi amalan EKSA terbaik di Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) bagi tahun 2025. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah, PPPH, Ts. Izwan bin Ismail.
Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah senarai nama pemenang dan kategorinya:
1. Zon/Bahagian Terbaik – Zon Pentadbiran (Blok A)
2. Bilik Pegawai Terbaik – En Mazlan bin Mohamad
3. Ruang Kerja Terbaik – Pn. Rozianawati binti Hj Mohd Isa
4. Tandas Terbaik – Tandas Wanita Aras 1 (Blok B) – PIC Pn. Norasida binti Saharuddin
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas komitmen serta usaha dalam menjayakan Amalan EKSA PPPH!
PROGRAM PERASMIAN PUSAT KITAR SEMULA UMPSA
PEKAN, 26 Ogos 2025- Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) melalui Kluster Waste Universiti, yang diwakili oleh Ir. Ts. Aideelnorfahmee bin Mohamad serta En. Aluwi bin Mohd Sikah, telah memainkan peranan penting dalam usaha pengurusan kelestarian di kampus. Penglibatan aktif PPPH melalui Kluster Waste Universiti ini dapat memupuk kesedaran sivik, menggalakkan budaya kerja berpasukan, serta memperkukuh semangat sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar. Dengan adanya kerjasama seperti ini, universiti mampu mewujudkan satu ekosistem mampan yang menyokong matlamat kelestarian, di samping memberi inspirasi kepada komuniti setempat untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup mesra alam.
VIDEO EKSA GO GREEN PPPH, UMPSA
SILA KLIK:www.facebook.com/share/v/1FAmD1DnHr/
PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA, UMPSA MENERIMA 35 ANAK POKOK SUMBANGAN JABATAN PERTANIAN NEGERI PAHANG
PEKAN, 29 Julai 2025 – Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) hari ini menerima sumbangan sebanyak 35 anak pokok pelbagai jenis daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang sebagai inisiatif menyokong kelestarian dan kehijauan kampus.
Antara anak pokok yang diterima ialah:
Jambu Air – 5 pokok
Nangka – 5 pokok
Rambutan Anak Sekolah – 5 pokok
Durian Holland – 10 pokok
Durian Musang King – 5 pokok
Limau Barli – 5 pokok
Sumbangan disampaikan oleh YM Raja Mohd Farhan bin Hashim, Pegawai Pertanian (G10) kepada wakil PPPH iaitu Encik Abdul Walik bin Yusof, Jurutera Kanan (J12), PPPH. Ia dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada persekitaran landskap kampus di samping menggalakkan warga kampus untuk lebih menghargai alam sekitar melalui aktiviti penanaman dan penjagaan pokok-pokok ini.
PPPH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Pahang atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
AUDIT KENDIRI PPPH
Pekan, 24 Julai 2025 – Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) telah melaksanakan Audit Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 24 Julai 2025 sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, bersih dan selesa.
Audit ini dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan semua zon yang telah dikenal pasti di bawah pelaksanaan EKSA PPPH. Ia bertujuan untuk menilai tahap pematuhan terhadap elemen-elemen utama EKSA seperti budaya 5S, persekitaran kerja kondusif, inovasi, dan identiti korporat.
Proses audit dijalankan oleh Jawatankuasa EKSA dan diketuai oleh Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA PPPPH. Sebelum pelaksanaan dilaksanakan taklimat berkenaan pemarkahan serta kriteria yang dinilai telah disampaikan oleh Ketua JawatanKuasa Audit EKSA PPPH kepada semua ahli Jawatakuasa. Setiap zon dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak MAMPU bagi memastikan standard EKSA dipatuhi.
Pelaksanaan audit ini juga mencerminkan komitmen PPPH dalam mewujudkan suasana kerja yang profesional, cekap dan mesra pelanggan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga PPPH atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan audit kendiri ini.
GOTONG ROYONG PERDANA 2025-FASA 3
18 Julai 2025 : Jawatankuasa EKSA PPPH sekali lagi menganjurkan Gotong-Royong Perdana Fasa 3, kali ini dengan fokus utama membersihkan kawasan Kebun Harta, menanam pokok dan membuat tong kitar semula bagi kegunaan di Blok B.
Disamping itu, team JK EKSA juga mengambil kesempatan ini untuk membuat rakaman video pelaksanaan GO GREEN di PPPH.
Terima kasih atas kerajsama semua staf PPPH.
VIDEO AMALAN EKSA 2025
SILA KLIK: https://www.facebook.com/share/v/1FGabVjyS8/
TAHNIAH SEMUA WARGA PPPH- KITA JUARA EKSA 2024
Pekan, 13 Jun 2025 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) amnya dan JK EKSA PPPH khususnya atas kejayaan cemerlang apabila dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat Universiti bagi tahun 2024.
Kejayaan ini merupakan hasil usaha berterusan dan komitmen tinggi seluruh warga PPPH dalam mengamalkan budaya kerja yang sistematik, bersih, kemas dan kondusif, selaras dengan aspirasi universiti ke arah persekitaran kerja yang berkualiti dan inklusif.
Pertandingan ini telah dinilai oleh panel juri berdasarkan beberapa kriteria utama termasuklah elemen inovasi, kreativiti dalam penyampaian maklumat EKSA, dokumentasi yang teratur, serta penglibatan menyeluruh warga jabatan.
Pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan kecekapan pengurusan persekitaran kerja di PPPH, tetapi juga menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan menjadi penanda aras kepada jabatan lain di universiti.
Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga PPPH atas pencapaian membanggakan ini!
SEBALIK TABIR PENYEDIAAN VIDEO EKSA 2025
28 April 2025 & 9 Mei 2025 : Jawatan Kuasa EKSA telah melaksanakan penggambaran video sebagai sebahagian daripada inisiatif pelaksanaan EKSA di Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta. Menariknya, kali ini penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa isyarat sebagai simbolik sokongan terhadap inisiatif universiti dalam memupuk kelestarian dan keterangkuman OKU.
GOTONG ROYONG PERDANA EKSA BAGI TAHUN 2025 -FASA 2
27 FEBRUARI 2025 : Jawatankuasa EKSA PPPH sekali lagi menganjurkan Gotong-Royong Perdana Fasa 2, kali ini dengan fokus utama membersihkan kawasan luar bangunan pejabat PPPH Blok A dan Blok B. Staf digalakkan memakai pakaian bertemakan warna hitam dan merah bagi memeriahkan suasana.
Selain itu, Pengarah PPPH, Ts. Izwan bin Ismail, turut merasmikan projek penanaman pokok di bawah Jawatankuasa Kelestarian PPPH yang dikenali sebagai Kebun Harta. Antara tanaman yang ditanam termasuk kunyit hitam, halia bara, lengkuas, pokok kantan, pokok kari, serai, dan pelbagai lagi tumbuhan herba yang bermanfaat.
Inisiatif ini bukan sahaja memperindah persekitaran, tetapi juga menyemai kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga PPPH.
GOTONG ROYONG PERDANA EKSA BAGI TAHUN 2025 -FASA 1
20 FEBRUARI 2025 - Antara aktiviti utama Gotong Royong Perdana EKSA Fasa 1 yang telah dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan pejabat, penyusunan semula peralatan kerja, serta penghapusan bahan yang tidak lagi digunakan. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kebersihan tempat kerja, tetapi juga membantu meningkatkan kecekapan serta keselamatan pekerja dalam menjalankan tugas harian mereka.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf dalam menjayakan gotong-royong ini amat dihargai. Dengan persekitaran kerja yang lebih bersih dan teratur, diharapkan ia dapat meningkatkan keselesaan serta produktiviti staf dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada pelanggan dan masyarakat.
TAKLIMAT GOTONG ROYONG PERDANA EKSA BAGI TAHUN 2025
20 FEBRUARI 2025 – Jawatankuasa EKSA PPPH telah mengadakan sesi taklimat kepada semua staf mengenai pelaksanaan Gotong-Royong Perdana EKSA PPPH, yang bakal dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Kesihatan & Keselamatan Pekerja (JKKP).
Program ini bertujuan mempertingkatkan kebersihan dan keselesaan tempat kerja serta memastikan persekitaran lebih sistematik dan kondusif. Memandangkan banyak kawasan umum yang memerlukan penambahbaikan, gotong-royong ini akan dilaksanakan dalam dua sesi bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan dilakukan secara menyeluruh.
Terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan komitmen dan penyertaan dalam menjayakan inisiatif ini demi mewujudkan tempat kerja yang lebih selesa dan produktif.
PROJEK PENANAMAN POKOK MENGGUNAKAN BARANGAN TERPAKAI -FASA 2
7 FEBRUARI 2025 - JK EKSA telah mengambil inisiatif memperindah persekitaran dengan menanam semula pokok serta menyusun atur kedudukannya agar kelihatan lebih kemas dan menarik.
PROJEK PENANAMAN POKOK MENGGUNAKAN BARANGAN TERPAKAI -ESKA 2025
21 JANUARI 2025 - Jawatankuasa EKSA sedang merancang untuk mewujudkan sebuah mini kebun sebagai usaha untuk memanfaatkan barangan terpakai serta menyokong inisiatif Kelestarian EKSA. Beberapa jenis anak pokok telah disumbangkan oleh staf PPPH, termasuk pokok pandan, pokok serai, pokok kesum, pokok kucai, pokok nenas, dan pokok sambung nyawa. Selain itu, terdapat juga penyumbang botol-botol sabun serta tayar, yang boleh digunakan dalam projek kebun ini.
Jawatankuasa EKSA masih dalam proses merangka dan merancang reka bentuk yang sesuai untuk mini kebun tersebut, yang akan berfungsi bukan hanya untuk tujuan promosi, tetapi juga untuk penghasilan jangka panjang, menyumbang kepada kelestarian dan kemajuan projek ini.
SESI AUDIT EKSA PERINGKAT UNIVERSITI DI PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
20 November 2024 – Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH) telah menerima lawatan audit daripada Juru Audit EKSA Induk sempena sesi audit peringkat universiti. Pasukan audit terdiri daripada Puan Norhidayah binti Mohd Latif dan Puan Siti Zaleha binti Salleh dari Bahagian Keselamatan UMPSA.
Penerangan ringkas berkenaan pelaksanaan EKSA di PPPH telah disampaikan oleh Puan Rozianawati binti Mohd Isa, Timbalan Pengerusi EKSA PPPH mewakili Penyelaras EKSA PPPH. Sesi audit juga telah disertai oleh JK EKSA PPPH iaitu Puan Wan Norhidayu binti Wan Yusof, Puan Fasihah binti Abdullah Thani dan Cik Anis Hanani binti Abdul Jamil.
Sesi audit telah dijalankan di kedua-dua pejabat PPPH, Blok A dan Blok B, bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
SESI AUDIT DALAM EKSA, PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
13 November 2024 -Sesi Audit Dalam EKSA telah dijalankan bagi persediaan dan memastikan semua staf PPPH mengamalan EKSA. Semua AJK EKSA terlibat dalam sesi audit dalam sebagai juruaudit bagi memeriksa dan memberi penilaian pada setiap ruang di PPPH. Sesi Audit Dalam EKSA ini berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.
PRA GOTONG ROYONG BAGI PENGEMASKINIAN LABEL & KEW.PA 7
KEMASKINI KEW.PA 7
MENGEMAS RUANG KITAR SEMULA
PEMERIKSAAN KEW.PA 7
KEMASKINI LABEL & SUDUT EKSA
12 November 2024 : Jawatan Kuasa EKSA PPPH, telah mengadakan Pra Gotong Royong bagi mengemaskini KEW.PA 7, perlabelan, kemaskini sudut EKSA dan mengemas ruang Sudut Kitar Semula. JK EKSA juga dalam persediaan untuk menerima kedatangan Juruaudit EKSA pada 20 November 2024.
PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA STAF IKHTISAS PPPH-PEMBERSIHAN STOR PERALATAN
6 November 2024- Program Gotong Royong Bersama staf ikhtisas PPPH bagi tujuan pembersihan dan menyusun atur stor peralatan bagi memastikan mesin-mesin serta peralatan kerja Landskap sentiasa dalam keadaan kemas.
PERTANDINGAN GO GREEN PPPH, UMPSA -SUDUT KITAR SEMULA
VIDEO GO GREEN EKSA PPPH, UMPSA 2024 (JOHAN)
SILA KLIK : https://fb.watch/vhMdQLkYhS/
KEMPEN JOM KITAR SEMULA
9 Julai 2024 -Kempen JOM KITAR SEMULA. Kempen ini menggalakkan aktiviti kitar semula dan bagi memperkenal Pusat Kitar Semula UMPSA Pekan yang baru sahaja beroperasi bermula 9 Jun 2024. Aktiviti ini tidak disertai oleh PPPH sahaja tetapi terbuka kepada semua warga UMPSA.
Objektif: Untuk memberi kesedaran dan sedikit pengetahuan kepada staf PPH berkenaan kepentingan 3R bagi memastikan ekosistem dalam persekitaran jabatan serta kehidupan lebih stabil.
SESI AUDIT KENDIRI PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA
9 Julai 2024 - Jawatankuasa Audit bersama pasukan EKSA Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta telah melaksanakan audit kendiri EKSA. Terima kasih diucapkan kepada semua staf PPPH kerana memberikan kerjasama yang baik semasa sesi pengauditan dilaksanakan. Hasil penemuaan audit akan dihebahkan kepada semua staf PPPH untuk makluman dan tindakan lanjut.
SESI PERKONGSIAN EKSA BERSAMA EN. AMRAN BIN ABDUL RAZAK, BAHAGIAN KESELAMATAN
25 Jun 2024 - Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta telah mengadakan satu sesi perkongasian ilmu bersama En. Amran bin Abdul Razak untuk mendapatkan pendapat dan pandangan beliau dalam sistem pengurusan alat tulis dan google site EKSA. Sesi ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Keselamatan Pekan. Wakil EKSA PPH adalah Puan Rozianawati binti Mohd Isa dan Puan Fasihah binti Abdullah Thani.
VIDEO AMALAN EKSA 2024 (JOHAN)
AKTIVITI PELABELAN DAN KEW.PA 7, PPPH
AKTIVITI MENGEMASKINI SUDUT EKSA PPPH 2024
GOTONG ROYONG PERDANA, PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
LAWATAN PENANDARASAN JAWATANKUASA EKSA PPPH KE BAHAGIAN KESELAMATAN UMPSA
PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA UMPSA PEKAN
PROGRAM PRELOVED ITEM CARBOOTH SALE, PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
GOTONG ROYONG PERDANA, PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
TAKLIMAT EKSA KEPADA STAF PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA
GOTONG ROYONG BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER & KHIDMAT HARTA, UMPSA PEKAN
GOTONG ROYONG PUSAT PEMBANGUNAN & PENGURUSAN HARTA, UMPSA PEKAN