👍Surat Hebahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
sila rujuk surat di bahagian Muat Turun
👍Surat Hebahan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
sila rujuk surat di bahagian Muat Turun
Karnival STEM Kebangsaan 2025 merupakan satu inisiatif di bawah Festival Idea 2025 Peringkat Negeri Kelantan (FOI@Kelantan) yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Malaysia Kelantan yang bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Karnival ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran mengenai kepentingan STEM dalam pembangunan negara serta menyediakan platform bagi pelajar untuk menonjolkan kreativiti, inovasi, dan bakat mereka dalam bidang-bidang tersebut.
Karnival STEM Kebangsaan 2025 diadakan secara FIZIKAL:
Tarikh: 13-14 Oktober 2025 ( Isnin dan Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang (MYT)
Tempat: Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.
Tarikh Penting
Pendaftaran & Pembayaran Projek Inovasi: 21 September - 9 Oktober 2025
Penjurian Fizikal: 13 Oktober 2025
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah: 14 Oktober 2025