Laman ini dibina sebagai pusat sehenti pelajar untuk mendapatkan maklumat berkenaan latihan industri. Oleh itu, laman ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan pelajar yang mengambil kursus latihan industri pada semester terkini. Kursus ini akan berjalan selama 24 minggu dan pelajar akan dinilai sebanyak dua kali sepanjang latihan. Penilaian yang pertama adalah secara dalam talian dan penilaian akhir akan dibuat secara bersemuka atau dalam talian bergantung kepada keadaan semasa.
Pelajar perlu mengisi dua borang berbeza setelah melapor diri di agensi:
i) Borang Lapor Diri (FST)
ii) Borang Lapor Diri dan Penjanaan Buku Log (JABATAN)
Semasa mengisi kedua-dua borang tersebut, pelajar perlu memuatnaik borang pengesahan lapor diri yang telah disahkan oleh wakil agensi.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat agar maklumat yang dijana untuk surat dan buku log adalah betul.
Pelajar perlu merekod segala aktiviti di agensi dalam buku log yang dijana. Buku log ini akan disemak oleh penyelia dan pensyarah pelawat. Sila pastikan penyelia mengesahkan catatan aktiviti dalam buku log.
Pelajar perlu membuat pembentangan mengenai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh latihan industri. Kandungan umum pembentangan adalah seperti berikut:
Pengenalan agensi
Rumusan aktiviti yang telah dijalankan
Refleksi mengenai perjalanan latihan
Cadangan penambahbaikan kepada agensi dan fakulti
Penghargaan kepada agensi
Laporan perlu ditulis mengikut format Gaya UKM dan tidak melebihi 15 muka surat (tidak termasuk muka depan dan belakang).
Kandungan umum laporan adalah seperti berikut:
Pengenalan agensi
Rumusan aktiviti yang telah dijalankan
Cadangan penambahbaikan kepada agensi dan fakulti
Kesimpulan
Rujukan
Laporan perlu dihantar bersama slide pembentangan melalui Google Form berikut: https://forms.gle/K6J7BqnKLY3T3ByPA. Sila hantar laporan dan slide sebelum tarikh lawatan untuk melancarkan proses penilaian.
Bioinformatik (STBC4889): Dr. Doris Quay Huai Xia (dorisquay@ukm.edu.my)
Biokimia (STBK4889): Dr. Shevin Rizal Feroz (shevin@ukm.edu.my)
Biologi (STAB4889): Dr. Johari Jalinas (johari_j@ukm.edu.my)
Bioteknologi Tumbuhan (STBT4886 & STBT4896): Dr. Nurul Hanun Ahmad Raston (nurulhanun@ukm.edu.my)
Genetik (STBG4889): Dr. Shairah Abdul Razak (shairah@ukm.edu.my)
Mikrobiologi (STBM4889): Dr. Mohd Asif Mohd Sukri (mohdasifsukri@ukm.edu.my)