Soalan Lazim

S1: Adakah boleh saya tukar id emel siswa saya dari no.matrik kepada nama?

J1: Semua permohonan emel pelajar diwajibkan menggunakan no. matrik.

Sila rujuk http://www.ptm.ukm.my/wp-content/uploads/2017/01/garis_panduan_penggunaan_e-mel_ukm.pdf


S2: Saya telah menerima kelulusan emel siswa tetapi saya tidak dapat akses ke sistem kerana tidak tahu katalaluan.

J2: Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pelajar UKM, anda tidak dibenarkan untuk akses sistem dalam UKM.


S3: Emel UKM saya tidak boleh diakses. Setelah sign in, keluar pernyataan berikut : This Google Account has been disabled.

J3: Dimaklumkan akaun emel UKM anda telah di supended/suspicious oleh google admin. Sila buat aduan di www.ukm.my/efact

S4: Saya terlupa katalaluan emel.

J4: Hubungi talian 7070 atau emel ke pentadbir_emel@ukm.edu.my menggunakan emel alternatif anda.

S5: Bagaimana untuk memohon emel kumpulan?

J5: Permohonan emel kumpulan adalah melalui borang. Muatturun borang di https://goo.gl/8XEo0L

S6: Bagaimana ingin mendapatkan katalaluan bagi emel baru @ukm.edu.my atau @siswa.ukm.edu.my?

J6 : Kakitangan : semak di www.ukm.my/spek dan pilih menu SEMAKAN

Pelajar : semak di www.ukm.my/speep dan pilih menu Review

S7: Bagaimana saya hendak tahu status permohonan saya?

J7 : Kakitangan : semak di www.ukm.my/spek dan pilih menu SEMAKAN

Pelajar : semak di www.ukm.my/speep dan pilih menu Review

S8: Bagaimana untuk memohon emel rasmi UKM (selain emel individu)?

J8: Permohonan hendaklah dibuat melalui surat rasmi. Nyatakan :-

i. Cadangan alamat emel

ii. Penggunaan : tetap atau sementara (jika sementara, nyatakan tarikh akhir penggunaan)

iii. Staf yang bertanggungjawab ke atas akaun emel berkenaan (UKMPer, Nama dan alamat emel)

Hantar kepada :-

Ketua Bahagian Perkhidmatan ICT

Pusat Teknologi Maklumat

Universiti Kebangsaan Malaysia