CORONAVIRUS (COVID-19) : PELAKSANAAN UKM

Laman ini mengumpul maklumat berkaitan UKM sepanjang mendepani pandemik Covid -19. Ia terdiri daripada kompilasi koleksi foto, pekeliling, Garis Panduan, Keratan Akhbar dan Poster.

Unit Arkib & Khas, telah mengumpul bahan-bahan ini mulai Mac 2020-Kini.

Kronologi Pentadbiran pandemik Covid di UKM

Tahun 2020

  • Mac 2020 - Pembentukan Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM : Kategori Penyakit

  • Mac 2020 - Penubuhan Bilik Gerakan Covid19-UKM

  • Mac 2020 - Kaunter Khas Covid19 di Kolej Ibu Zain dibuka (saringan dan rujukan kes)

  • 18 Mac 2020 - UKM Kuatkuasa Garis Panduan Bekerja dari Rumah

  • 30 Mac 2020 - HCTM diisytiharkan sebagai Hospital untuk bantu rawat pesakit Covid19

  • 6 April 2020 - Kenyataan Dalaman Bilik Gerakan Covid-19 UKM Bil 1./2020 (Kes Pertama) - Staf UKM Bangi

  • 27 April 2020 - Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dimulakan

  • 28 April 2020 - Ops Penghantaran Pelajar Pulang (OPPP)

  • 4 Mei 2020 - Garis Panduan Bekerja Dikeluarkan sebagai langkah pencegahan Penularan Wabak Covid19

  • Sept - Okt 2020 - Pendaftaran 3,916 Pelajar Semester 1 2020/2021 secara dalam talian

  • 5 Okt 2020 - Minggu Mesra Mahasiswa secara dalam talian dimulakan

Tahun 2021

  • Mac 2021 - Kemasukan Pelajar Semester 2 2020/2021 ke Kampus

  • 15 Mac 2021 - Pelantikan keahlian baharu Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM: Kategori Penyakit Berjangkit

  • 3-12 April 2021 - 6,166 Graduan UKM terima ijazah dalam Majlis Konvokesyen UKM ke-48

  • 5 Mei 2021 - PPV Dewan Gemilang UKM mula beroperasi

  • 1-28 Jun 2021 - UKM kuatkuasa Garis Panduan Bekerja dari Rumah (PKP)

  • 3-16 Julai 2021 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

  • 19 Julai 2021 - Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 UKM

  • 22 Julai 2021 - Ops Penghantaran Pelajar Pulang (OPPP) - Cuti Semester

  • 26 - 30 Julai 2021 - PPV bergerak Seri Menanti

  • 10 Sept 2021 - Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 UKM

  • 4 Okt 2021 - Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 UKM

  • 27 Nov - 8 Dis 2021 - 7,709 Graduan UKM Terima Ijazah dalam Majlis Konvokesyen UKM ke-49