Sukarelawan MERCY

11 Januari 2022 - Team Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UiTM Cawangan Selangor disertai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal, Timb. Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), Dr. Aida Maria Ismail, Koordinator Pengurusan Penyelidikan, staf dan Pelajar Intern menyertai Program Sukarelawan Kajian Pasca Banjir di Hulu Langat, Selangor anjuran MERCY Malaysia. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Cawangan Selangor(UCS) merupakan Penyelaras Program UCS. Program turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM Cawangan Selangor.