LATAR BELAKANG

Unit kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub mula beroperasi secara rasminya pada 29 November 2015 dan di kendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (tetap) yang telah berpindah perkhidmatan daripada Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka. Ia juga turut dibantu oleh staf-staf Unit Kesihatan UiTM Jengka yang lain dari masa ke semasa.


Tujuan penubuhan unit kesihatan ini adalah untuk menawarkan Perkhidmatan Perubatan dan kesihatan asas khusus kepada mahasisw/i seramai lebih kurang 3000 orang pelajar dengan dilengkapi dengan kelengkapan peralatan rawatan asas, ubat-ubatan dan perkhidmatan ambulans.


Pada tahun 2016, lantikan 2 orang jururawat secara tetap dan 1 orang lantikan Penolong Pegawai Farmasi telah melapor diri. Manakala, pada tahun 2020, seorang Pegawai Perubatan telah dilantik dan sehingga kini, jumlah kakitangan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub adalah seramai 5 orang.


Perkhidmatan Kesihatan Pelajar yang disediakan di Unit Kesihatan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub boleh dibahagikan kepada dua skim yang utama iaitu :