PENGENALAN

Ts AMERAN BIN SAIMAN

KETUA UNIT

BENGKEL, MAKMAL & FASILITI (BMF)


Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke laman sesawang unit Bengkel, Makmal Dan Fasiliti (BMF) Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Unit BMF ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2019 berikutan penggabungan 4 pengajian kejuruteraan iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Pengajian Kejuruteraan Kimia.

Di bawah pengurusan unit BMF terdapat 114 orang staf teknikal pelbagai gred jawatan dan 112 buah bengkel,makmal dan fasiliti. Unit BMF berperanan untuk memberi khidmat teknikal berkaitan bengkel, makmal dan fasiliti kepada semua pelanggan kami. 

Kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas daripada anda semua sekiranya terdapat idea atau cadangan yang bermanfaat untuk meningkatkan perkhidmatan kami.

Kami juga berharap agar laman sesawang ini akan dapat membekalkan informasi terkini untuk kegunaan semua warga UiTM dan pelanggan  yang lain bagi memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.