Soalan Lazim

Time Management System (TMS)

1. Di mana permohonan WBB boleh dibuat?

Permohonan WBB boleh dilakukan melalui laman sesawang https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u

2. Saya telah memohon WBB tetapi sistem tidak dibenarkan.

Permohonan WBB hanya staf pentadbiran sahaja.

3. Adakah staf akademik perlu membuat permohonan WBB?

Staf akademik tidak perlu memohon WBB dan keberadaan adalah mengikut rekod clock-in/clock-out yang mana pengiraan ATP seseorang pensyarah adalah minimum 39 jam seminggu bagi setiap semester pengajian sebagaimana Pekeliling Akademik Bil. 5 Tahun 2017: Pelaksanaan Amanah Tugasan Pensyarah (ATP3.0) Universiti Teknologi MARA dan Pekeliling Akademik Bil. 4 Tahun 2019: Pelaksanaan Penyampaian Fleksibel di Universiti Teknologi MARA.

4. Bagaimana sistem mengetahui saya adalah staf akademik?

Sistem membaca berdasarkan nombor pekerja dan kategori jawatan di dalam sistem STARs/HR2U.

5. Mengapa saya tidak dapat memohon WBB di telefon bimbit?

Permohonan WBB hanya boleh dibuat melalui web di https://hr2u.uitm.edu.my/hr2u sahaja.

6. Mengapa saya tidak boleh ketik masuk di telefon bimbit walaupun telah membuat permohonan WBB?

  1. Sila pastikan telah memohon WBB dahulu melalui web HR2U.

  2. Pastikan Pelulus (ia juga merujuk kepada Pegawai Melulus di sistem Cuti) di bahagian/unit/fakulti/kampus telah meluluskan permohonan WBB tersebut.

  3. Hubungi moderator PTJ untuk pertanyaan.

  4. Aduan boleh dimajukan melalui units.uitm.edu.my dengan menyertakan lampiran (screenshot) permasalahan.

7. Bolehkah saya meminda permohonan WBB untuk tempoh 1 tahun selepas dipohon?

Boleh dnegan membuat pindaan dan mengemukakan semula kepada Pelulus.

Permohonan pertukara/pindaan hendaklah mendapat kelulusan Ketua (merujuk kepada Pegawai Melulus).

Rujuk Pekeliling Pendaftar Bil. 17 Tahun 2018.

8. Permohonan WBB saya telah diluluskan dan saya ingin menukar pilihan WP pada pertengahan bulan, boleh kah saya berbuat demikian?

Permohonan menukar WP adalah dibenarkan dan keputusan adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Melulus. Dalam situasi ini permohonan dibenarkan mulai bulan berikutnya, cth: permohonan pindaan dibuat pada 17.1.2021 untuk bulan Februari 2021. Keputusan tertakluk kepada Pegawai Melulus.

Permohonan menukar WP untuk bulan yang sama adalah tidak dibenarkan kerana setiap bulan staf hanya mempunyai 1 WP sahaja.

Pertukaran WP hanya dibenarkan untuk bulan Ramadhan sahaja yang bermula 1 Ramadhan mengikut Kalendar Hijrah.

Semua kelulusan pertukaran WP bagi bulan berikutnya dan bulan Ramadhan adalah dalam bidang kuasa Pegawai Melulus.

9. Bolehkan permohonan WBB saya tidak diluluskan sebagaimana permohonan?

Permohonan WBB adalah tertakluk kepada Pegawai Melulus, oleh yang sedemikian keputusan dibuat mengikut kesesuaian dan fungsi tugas dan di bahagian/unit/fakulti/kampus berkenaan.

Pegawai Melulus boleh membuat keputusan berlainan dengan permohonan.

10. Bilakah permohonan WBB Ramadhan boleh dibuat?

Permohonan WBB Ramadhan boleh dibuat apabila dibuka tempoh permohonannya oleh Urusetia TMS iaitu Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar.

11. Adakah permohonan WBB Ramadhan dibuat mengikut bulan atau tarikh?

Permohonan WBB Ramadhan dibuat mengikut tarikh 1 Ramadhan tahun semasa.

12. Bilakah permohonan WBB Ramadhan boleh dibuat?

Permohonan WBB Ramadhan boleh dibuat apabila dibuka tempoh permohonannya oleh Urusetia TMS iaitu Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar.

Cthnya: Jika 1 Ramadhan jatuh pada 14 April 2021, maka WBB Ramadhan (WP5-8) akan bermula tarikh tersebut. Sistem akan buka permohonan paling awal 2 minggu sebelum 1 Ramadhan.

Kelulusan pemilihan WBB juga perlu dibuat oleh Pelulus.

13. Bolehkah saya kekal dengan WP sedia ada tanpa membuat permohonan untuk WBB Ramadhan?

Boleh.

14. Saya staf kontrak lantikan menggunakan peruntukan Tabung Amanah PTJ/staf PSH adakah saya perlu memohon WBB dan menggunakan TMS?

Buat masa ini staf lantikan menggunakan peruntukan Tabung Amanah/PSH setakat ini belum lagi termasuk dalam sistem HR2U.

Ini kerana pelantikan masih dibuat di dalam sistem STARS. Apabila modul pengambilan dan pelantikan telah go live, pelantikan akan dilaksanakan dalam HR2U dan profil baharu telah ada. Setelah data tersebut ada di dalam HR2U maka baharulah staf kategori ini boleh menggunakan TMS.

Staf dibekalkan rekod kehadiran yang ditentukan oleh PTJ masing-masing seperti Kad Perakam Waktu/atau sistem sedia ada di PTJ.

Integriti/Tatatertib

1.Apakah kesan jika dikenakan tindakan tatatertib?

a. Diantara kesannya ialah:

  1. Tindakan tatatertib akan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan.

  2. Staf tidak layak untuk memohon kenaikan pangkat mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 50/2009 yang menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009.

  3. Tindakan tatatertib yang dikenakan akan diambilkira di dalam urusan pengesahan jawatan/kenaikan pangkat/biasiswa/Anugerah Khidmat Cemerlang.

2. Bolehkah staf membuat rayuan bagi tindakan tatatertib yang telah dikenakan?

Boleh. Staf hendaklah mengemukakan rayuan secara bertulis melalui Ketua Jabatannya kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (Akta Badan-Badan Berkanun (Tataertib dan Surcaj) 2000 {Akta 605}

3.Apakah tindakan yang boleh diambil oleh KJ jika pegawai memperolehi sijil sakit palsu dan adakah wajar seorang Ketua Jabatan meluluskan cuti sakit bagi kakitangan yang mengemukakan sijil sakit dari klinik swasta?

Perlu diingat bahawa sijil sakit yang dikeluarkan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar (doktor) itu adalah sebagai satu perakuan/pengesahan bahawa pegawai kurang sihat dan disyorkan berehat pada tarikh yang dinyatakan. Jika KJ bersetuju dengan pendapat doktor itu maka pegawai bolehlah diluluskan cuti sakit. Pada tarikh pegawai disahkan tidak sihat itu mereka sepatutnya berehat di rumah atau di hospital.

Jika dapat dibuktikan pegawai memperolehi sijil sakit secara tipu/palsu, atau mereka didapati tidak sakit seperti yang dilaporkan oleh doktor, maka KJ boleh tidak meluluskan cuti sakit seperti yang dipohon atau melaporkan kepada pihak polis dan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap mereka.

Dengan tindakan di atas KJ tidak mempersoalkan integriti doktor yang memeriksa pegawai. Sebaliknya KJ hanya mempersoalkan integriti pegawai terbabit.

4. Adakah oral hearing dibenarkan dalam perbicaraan kes tatatertib?

Dasar yang berkuat kuasa sekarang tidak membenarkan perbicaraan kes tatatertib dibuat melalui oral hearing. Perbicaraan berdasarkan kepada representasi bertulis sudah memadai dan berpadanan dengan kemampuan pengurus personel sektor awam yang tidak dilatih dalam bidang oral hearing. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kes tatatertib dapat diselesaikan dengan segera.

5.Apakah tindakan tatatertib kerana tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau BPR kerana disyaki melakukan jenayah?

Tangkapan seumpama ini dianggap sebagai tangkapan kerana membantu siasatan. Ketidak hadiran bertugas bagi tempoh pegawai ditahan itu adalah disifatkan sebagai dengan sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan sama ada dengan ikat jamin dan sebagainya, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan bagi ketidak hadiran selepas dia dibebaskan itu.

6. Bagaimana menguruskan masalah pegawai yang melakukan kesalahan tidak hadir bertugas secara tenggelam timbul: kadang-kadang hadir, kadang-kadang tidak?

Jika ketidakhadiran itu merupakan kesalahan tatatertib, tindakan hendaklah dimulakan sebaik-baik sahaja pegawai melakukan kesalahan tersebut tanpa menunggu sehingga jumlah hari yang mereka tidak hadir itu mencapai jumlah tertentu. Di peringkat awal kesalahan itu dilakukan dan jumlahnya masih sedikit, pegawai sebaik-baiknya diberi nasihat dan bimbingan. Tindakan tatatertib adalah langkah terakhir, iaitu jika tindakan awal tidak berkesan.

7.Apakah kesan kepada kakitangan yang hadir bertugas dipanggil semula untuk bertugas dan kemudian dikenakan tindakan tatatertib?

Jika ini berlaku seolah-olah pemaafan (condonation) telah diberikan kepada kakitangan terbabit kerana tindakan tatatertib hanya diambil setelah suatu tempoh masa yang panjang.

8. Bolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang diketahui menagih dadah?

  1. Jika pegawai telah menagih dadah sebelum dilantik tetapi tidak diisytiharkan dalam sumpah berkanunnya, pegawai boleh dituduh membuat sumpah palsu. Jika pelantikan mereka belum disahkan, pelantikan itu boleh dibatalkan.

  2. Jika pelantikan pegawai telah disahkan, KJ boleh perakukan supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan dan seterusnya perkhidmatan beliau ditamatkan.

  3. Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan dan berusia kurang 40 tahun, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh dipertimbangkan.