PROFIL


PENGENALAN

Unit Kualiti & Strategi (UKS), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam telah ditubuhkan pada 29 Mac 2021 berikutan penubuhan Kolej Pengajian Kejuruteraan, hasil daripada Pelan Strategik UiTM 2025 yang menggabungkan empat (4) fakulti kejuruteraan di bawah satu bumbung. UKS diketuai oleh Timbalan Pendaftar dan disokong oleh seorang Penolong Pendaftar Kanan, seorang Pegawai Eksekutif Kanan dan dua orang Kerani Kanan. Selain itu, Ketua UKS juga disokong oleh Ketua Akreditasi, Penyelaras KIK, OE dan Risiko serta ahli jawatankuasa bagi setiap unit.

fungsi unit kualiti & strategi

  1. Bertanggungjawab untuk merangka, merancang dan mengurus pembangunan dan pelaksanaan objektif, polisi, prosedur dan sistem yang berkaitan dengan kualiti dan jaminan kualiti.

  2. Membangunkan, melaksanakan, menyampaikan dan mengekalkan perancangan kualiti bagi memastikan pematuhan terhadap semua keperluan perundangan, piawaian dan peraturan.

  3. Menyediakan perancangan tahunan aktiviti kualiti dan latihan.

  4. Merancang, menyelaras dan memantau pergerakan/aktiviti/ infrastruktur kualiti UiTM (seperti EKSA, KIK, Hari Kemuncak Inovasi, pelaksanaan dan penyelenggaraan SPK, Penilaian Kendiri, Audit, AKNC dan Kecemerlangan Operasi)

  5. Mengukur pencapaian proses utama dan sistem sokongan pengurusan kualiti.

  6. Menguruskan pencapaian analisis data dan penyediaan laporan penambahbaikan.

  7. Melaporkan pencapaian KPI dan PI Kolej kepada bahagian berkaitan di peringkat Universiti.

  8. Menyediakan bajet tahunan bagi aktiviti kualiti.

  9. Memupuk budaya kualiti di Kolej.

  10. Mengemaskini maklumat berkaitan kualiti di semua peringkat dan menyampaikannya kepada staf Kolej.

  11. Sekretariat penarafan.