Selamat Datang ke
Unit Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Selamat Datang ke
Unit Psikologi dan Kaunseling
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Unit Psikologi dan Kaunseling (UPK) UiTM Cawangan Perlis berperanan sebagai pusat sokongan kesejahteraan mental, emosi dan pembangunan sahsiah warga UiTM Cawangan Perlis. Unit ini komited dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan, kaunseling serta intervensi psikologi yang profesional, beretika dan berfokuskan kesejahteraan holistik individu.
UPK juga berfungsi sebagai ruang selamat untuk mendapatkan sokongan emosi, bimbingan dan kaunseling. Unit ini membantu individu mengurus cabaran kehidupan, membina kekuatan diri dan mencapai kesejahteraan mental secara seimbang.