Malam Hulubalang &Srikandi Melayu
___semarak KEUNGGULAN___
Di sini bermulanya...
DEWAN LATEHAN RIDA
(1956 - 1965)
MAKTAB MARA
(1965 - 1967)
ITM ARAU
(1974-1998)
UITM ARAU
(1999 - SEKARANG)
Slogan Gala Dinner “SEMARAK KEUNGGULAN” sebagai simbol kejayaan dan refleksi, penyatuan, pendokong tradisi universiti dan pengikatan sirahturrahim antara para-akademik, para-alumni, pengurusan universiti, individu, badan korporat dan rakan strategik yang saling bekerjasama untuk memakmurkan dan menggemilangkan UiTM CAWANGAN PERLIS KINI DAN SELAMANYA.
malam hulubalang & srikandi melayu merupakan simbolik, meraikan legasi UiTM Cawangan Perlis yang berkekalan dalam menyantuni masa lalu, masa kini dan masa akan datang sempena sambutan jubi emas pada kali ini.
Manakala aktiviti syurga kecilku menjadi satu platform tepat untuk mengeratkan hubungan almamater, menghargai pencapaian, dan memupuk persahabatan dan mengenali lebih dekat negeri Perlis.
Program penyatuan ini akan memberi peluang kepada warga universiti, komuniti, industri, agensi tempatan dan alumni untuk beramah mesra yang dipercayai mampu untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sedia ada. Disamping itu, hubungan baik ini akan memberi impak positif, meningkatkan ketampakan dan menjadi inspirasi kepada graduan UiTM Cawangan Perlis pada masa akan datang.
Memoir UiTM Cawangan Perlis
Rakan Tajaan