Quran Hour

Bermula Kelas #QuranHour 2020

10 Jan 2020- Telah bermula program #QuranHour bagi tahun 2020. program merupakan program bersiri yang diadakan pada hari Jumaat pagi setiap minggu bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-raudhah, Unit Hal Ehwal Islam UHEI, Kampus Jengka.

Program ini disertai peserta dari kalangan Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik mendapat bimbingan daripada Al-Fadhil Ustaz Ibrahim bin Mohd Sobki yang merupakan tenaga pembimbing jemputan daripada Akademi Jengka Mengaji.

BENGKEL PLAN STRATEGIK UHEI 2020

16 Januari 2020-UHEI telak mengadakan bengkel Plan Strategik Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat ACIS, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub. Bengkel ini melibatkan semua staf daripada kampus Raub dan Jengka. Melalui bengkel ini, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Kampus Jengka telah merangka pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2020 yang mensasarkan pembangunan Rohani dan Jasmani kepada 3 sasaran Utama iaitu, Pelajar, Kakitangan dan Komuniti.

MESYUARAT PENYELARASAN SEMINAR KELUARGA BAHAGIA

4 fEBRUARI 2020- Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Seminar Keluarga Sunnah : "๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™– ๐™†๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™– ๐™†๐™š๐™ง๐™Ÿ๐™–๐™ฎ๐™–" anjuran UHEI UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan kerjasama, PAID Jengka, FELDA Wilayah dan KRT sekitar UiTM yang dipengerusikan oleh Prof Dr Azhan Hashim Timb Rektor Hal Ehwal Akademik mewakili Rektor UiTM Cawangan Pahang.

Turut hadir Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Jengka, Ustaz Zaharuddin Alias, Ustaz Faizal Mewakili Felda Wilayah, Pengerusi KRT Rantau Perintis, En Muhammad Azli, En Hamzah, Wakil Pengerusi KRT TJI, Wakil Unit 2 UiTM Cawangan Pahang, PPFI dan Korporat.

Semoga Program yang dirancangkan berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mengucapkan terima kasih semua sahabat2 dari agensi2 yang terlibat.

SEMINAR KELUARGA SUNNAH 2020

19 Februari 2020

Telah berlangsungnya Seminar Keluarga Sunnah bertajuk "Bahagia Keluarga, Bahagia Kerjaya" yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan kerjasama FELDA Wilayah Jengka, Pejabat Agama Islam Daerah Jengka dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bertempat di Dewan Indera Segara (DIS) UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

Seminar yang disampaikan oleh Penceramah/Motivator terkenal, Ustaz Syamsul Amri Ismail @ Syamsul Debat ini dihadiri kira-kira 900 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan UiTM Cawangan Pahang, Warga Felda, Warga KRT Berhampiran serta Pelajar GiatMara Jengka.

Turut hadir menyerikan seminar adalah Y.bhg Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham bin Adenan, Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka En Afzal Hanis Hamid, Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Jengka, Ustaz Zaharuddin bin Alias dan Pegawai Perpaduan Daerah Maran, Puan Rozilaini Jusoh.

Semoga ilmu yang diperolehi dalam seminar ini terus diperaktikkan dan diamalkan oleh para peserta.

UJIAN ASAS PEMBANGUNAN INSAN API, PELAJAR SARJANA MUDA SEMESTER 1, FEBRUARI 2020

23 Februari 2020- Seramai 13 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda semester 1 telah menjakani sesi Ujian Saringan Asas Pembangunan Insan API anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Pahang, bertempat di Masjid Uwais Al-Qarni, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Ujian yang bertujuan bagi menilai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam Perkara Asas Ibadah ini dikendalikan oleh kakitangan Unit Hal Ehwal Islam UHEI UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Ujian ini merupakan ujian yang wajib disertai oleh pelajar-pelajar muslim semester 1 diseluruh sistem UiTM Cawangan Pahang bagi memastikan para mahasiswa dan mahasiswi bukan sahaja menguasai akademik semata-semata, tetapi turut mempunyai kefahaman yang jelas dalam ibadah fadhu ain.

KURSUS PERSIJILAN FALAK SIRI 1/2020: Kembara Ilmu Falak Rubu Mujayyab.

1 Mac 2020- Unit Hal Ehwal Islam UHEI, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, dengan kerjasama Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor dan Balai Cerap Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan Kembara Ilmu Falak Rubu Mujayyab bertempat di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.

Kursus yang diadakan selama 2 hari bermula 29 Februari hingga 01 Mac ini disertai seramai 27 orang pelajar diploma dan kakitangan UiTM Cawangan Pahang ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Latif Bin Ibrahim, Setiausaha Persatuan Ahli Falak Selangor.

Kursus ini telah mendedahkah para peserta berkenaan kaedah pengiraan waktu solat, kaedah mengukur keringgian dan kedalaman, serta taqwim dan cerapan dengan menggunakan alat traditional ilmuan islam iaitu Rubu' Mujayyab.

Peserta juga turut menyertai slot khas Balai Cerap Selangor bagi sesi cerapan langit malam dengan menggunakan teleskop khas.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada kursus ini dapat digunakan dalam kehidupan harian dan dikongsi bersama saudara-saudara yang lain.