Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan sesama ahli PEWANI seluruh Malaysia. Dengan adanya aktiviti sukan seperti ini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat di kalangan ahli. Pelaksanaan karnival ini juga merangkumi nilai-nilai semangat kesukanan, kepimpinan dan kerjasama antara semua ahil PEWANI. Karnival ini bertujuan mengeratkan ukhwah di kalangan ahli PEWANI seluruh Malaysia dan memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif