Sinergi Kepimpinan Wanita: Kolaborasi IPT-Industri-Komuniti Untuk Memperkasa Pemimpin Wanita Masa Hadapan adalah salah satu program yang terpilih melalui Prof. Madya Dr Latisha Asmaak sebagai tokoh wanita. Program ini telah mendapat kelulusan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (Perantis) 2025 untuk tempoh enam bulan ( 1 Oktober 2025 – 31 Mac 2026). Program ini dirancang khusus untuk memperkukuh kapasiti kepimpinan staf wanita dalam kalangan Institut Pengajian Tinggi, Industri, dan Komuniti. Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk melahirkan pemimpin wanita yang berkaliber, mampu memacu perubahan, dan terlibat secara proaktif dalam jalinan kerjasama strategik antara ketiga-tiga sektor tersebut. Ini akan memastikan pemimpin wanita masa hadapan dilengkapi dengan kemahiran dan jaringan yang diperlukan untuk menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2025 ialah inisiatif oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bertujuan untuk memperkasa wanita dengan memberi peluang untuk mengembangkan kemahiran kepimpinan melalui latihan, bimbingan, dan pengalaman praktikal. Program ini fokus pada pengembangan diri, pengurusan, dan kemahiran kepimpinan, serta menyediakan platform untuk wanita memimpin dalam pelbagai sektor seperti korporat, kerajaan, dan pendidikan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyasarkan penyertaan seramai 5,000 ahli dan 100 tokoh wanita sempena program Perantisan Kepimpinan Wanita (Perantis)
Objektif 1: Meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan strategik kepimpinan wanita dalam memacu kejayaan kerjasama IPT-Industri-Komuniti, sekaligus membentuk pandangan positif terhadap peranan pemimpin wanita masa hadapan
Objektif 2: Membangunkan dan memperkukuh kemahiran kepimpinan kritikal dalam kalangan staf wanita, termasuk kemahiran komunikasi berkesan, rundingan strategik, membuat keputusan adaptif, dan pengurusan projek kolaboratif, sebagai persediaan menjadi pemimpin wanita masa hadapan yang efektif, serta mendorong aplikasi kemahiran tersebut dalam inisiatif kolaborasi IPT-Industri-Komuniti.
Objektif 3: Mewujudkan dan mengaktifkan rangkaian sokongan serta peluang mentor yang berstruktur bagi wanita yang terlibat dalam inisiatif kerjasama IPT-Industri-Komuniti, membolehkan perkongsian ilmu dan pengalaman, serta membimbing mereka ke arah peranan pemimpin wanita masa hadapan
1/10/2025 - 31/3/2026
28/11/25 - 30/11/25
9/1/2026
6/2/2026
Wanita yang bekerja di institut pengajian tinggi
Wanita yang bekerja di industri
Wanita yang terlibat dalam organisasi komuniti
Umur 23- 60 tahun
Jumlah peserta: 35 orang
Bengkel dan latihan kepimpinan
Sesi mentor dan coaching
Forum dan panel diskusi
Projek kolaborasi (mini-projects melibatkan institut pengajian tinggi, industri, komuniti)
Sesi jaringan (networking)