Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka
menyediakan perkhidmatan penyewaan kemudahan infrastruktur dan infostruktur bagi menyokong pelaksanaan program, seminar, bengkel, latihan, penyelidikan, aktiviti sukan serta kegunaan industri dan komuniti. Platform ini memudahkan pengguna mendapatkan maklumat kemudahan, kadar sewaan dan membuat permohonan secara lebih mudah, cepat dan sistematik.