Program Pra Diploma sebagai laluan melanjutkan pengajian anda ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)
HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 2 2025/2026, AMBILAN MAC 2026
Permohonan Program Pra Diploma UiTM dibuka melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 1 November 2025 - 31 Januari 2026.
-----------------------------------------------------------------------------------
Kaedah Permohonan:
1๏ธโฃ Lengkapkan Borang Permohonan Nombor Pin PERCUMA Pra Diploma https://bit.ly/pinpra (Kini Dibuka๐)
2๏ธโฃ Layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk mengisi borang permohonan. ๐
3๏ธโฃ Emelkan dokumen2 diperlukan yang telah disahkan. Rujuk https://bit.ly/pradoc
Manual Permohonan Pra Diploma. https://bit.ly/manualpra
Manual Permohonan Pra Diploma ๐๏ธ
Borang Permohonan No Pin ๐๏ธย
Tahniah kepada yg berjaya mendapat tawaran ke UiTM. Video berikut akan menerangkan kaedah semakan surat tawaran serta proses-proses yang perlu dilakukan sebelum menjadi pelajar UiTM.
Kod Program Pra Diploma
Kod Program Program Pra Diploma dibahagikan kepada dua kategori:
1) Kategori B40
BA002, AS002, AS007, AT001, IC001
2) Kategori Bukan B40
BA003, AS003, AS008, AT002, IC002
Pelan pengajian akademik pada sesuatu program adalah sama tanpa mengira kategori program Pra Diploma tersebut
Dokumen Pendapatan Ibu & Bapa
Bekerja & Mempunyai Majikan:
Slip Pendapatan / Slip Gaji / Surat Pengesahan daripada Majikan
Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja / Surirumah / Pesara Kerajaan
Borang Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan / Penyata Pencen
* Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu โdisahkan benar dari salinan asal' / โcertified true copyโ. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Pengetua / Guru Besara / Guru Kanan / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannyaโ.
3 Langkah Mudah Permohonan Pra Diploma
Permohonan No Pin PERCUMA
Pengisian Borang Permohonan
Penghantaran Dokumen Sokongan
Hanya calon yang melengkapkan ketiga-tiga proses akan diproses permohonan Pra Diploma UiTM