As digitisation and convergence culture transform the creative industries, there has been an increasing recognition of the economic and cultural value of creative content, moving images, as well as digital and performing arts. This interdisciplinary program offers a unique opportunity to explore these developments in both local and global contexts, further examining the industries’ structure and history, as well as the practical and theoretical issues facing cultural/creative entrepreneurs, professionals, artists, and policymakers. It draws on a range of frameworks from cultural studies, business management, performance studies, and literary studies, while simultaneously engaging with teaching, research, and professional expertise from both UiTM academics and prominent figures in the creative industries. This program has been designed for those seeking to work in the cultural and creative sector – either as an artist, producer, or entrepreneur, or in cultural policy, development, or analysis. Additionally, it suits anyone wishing to establish a research profile in the field of cultural and creative industries.
Disebabkan transformasi yang diwajarkan digitisasi dan budaya penggabungan di dalam industri kreatif, terdapat peningkatan kepada perhatian dan tumpuan terhadap nilai ekonomi dan budaya bagi seni kandungan kreatif, imej bergerak, teknologi digital, dan seni persembahan. Program rentas disiplin ini menawarkan peluang unik bagi menerokai dan menganalisis perkembangan ini dalam konteks tempatan dan global, di samping meneliti struktur dan sejarah industri berkaitan, serta isu-isu praktis dan teoritis yang mendepani para usahawan, profesional, karyawan, dan penggubal polisi dalam lapangan seni dan budaya ini. Program ini memanfaatkan pelbagai kerangka analitis dari disiplin tertentu seperti pengajian budaya, pengurusan perniagaan, seni persembahan, dan kajian kesusasteraan, selain melibatkan pengajaran, penyelidikan, dan kepakaran profesional dari ahli akademik UiTM dan para profesional dari industri. Program ini direka bagi mereka yang mencari peluang atau memperkasakan kerjaya dalam sektor seni budaya dan kreatif, sama ada sebagai karyawan, penerbit, usahawan, atau yang melibatkan polisi, pembangunan, dan analisis lapangan seni budaya. Juga bersesuaian bagi mereka yang ingin membina profil penyelidikan di dalam ranah industri budaya dan kreatif.
Bachelor’s degree (Hons) in any field (minimum CGPA 2.75) from UiTM or other institutions recognised by the UiTM Senate;
OR
Bachelor’s degree (Hons) in any field (minimum CGPA 2.50) from UiTM or other institutions recognised by the UiTM Senate,
along with a minimum of 5 years working experience in the field of creative industries
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam sebarang bidang (minimum PNGK 2.75) dari UiTM atau institusi lain yang diiktiraf Senat UiTM;
ATAU
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam sebarang bidang (minimum PNGK 2.50) dari UiTM atau institusi lain yang diiktiraf Senat UiTM,
bersama dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam lapangan industri kreatif
Postgraduate Unit
Office of Academic Affairs
Faculty of Film, Theatre and Animation (FiTA)
UiTM Selangor Branch
Puncak Perdana Campus
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7962 2267